TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, March 28, 2020

COVID 19- Bantuan kakitangan awam dan pesara kerajaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan bantuan tunai RM500 secara ‘one-off’ kepada lebih 1.5 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk pekerja kontrak serta 850,000 pesara perkhidmatan awam.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan, kerajaan tidak lupa menjaga kebajikan semua penjawat awam, berkata bayaran itu akan dibuat pada April 2020.

“Kerajaan tidak lupa menjaga kebajikan semua penjawat awam yang terus setia menjalankan amanah kepada negara.
“Bagi menghargai sumbangan mereka, kerajaan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada lebih 1.5 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akan dibuat pada April 2020.
“Sumbangan pesara Kerajaan juga tidak dilupakan. Dengan ini, Kerajaan akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 secara ‘one-off’ kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan, juga pada April 2020,” katanya.


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock