TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, March 26, 2020

COVID 19 - kemaskini 26 March 2020


UPDATE: Sebanyak 235 kes baru #COVID19 iaitu kes harian tertinggi menjadikan keseluruhan 2,031 setakat 12pm, 26 Mac. 

60 drpd kes baru itu dari kluster perhimpunan di Seri Petaling, selebihnya dlm siasatan. 

45 pesakit di ICU (32 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan).

UPDATE: Jumlah kematian akibat #COVID19 di negara kita terus meningkat kepada  23 orang, setakat 5pm ini.

Kes kematian ke-22 merupakan kes ke-1797, lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Beliau menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan mempunyai kontak rapat dengan kes positif #COVID19.

Kes kematian ke-23 merupakan kes ke-1840, lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai later belakang penyakit kronik.

Kes beliau masih dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster COVID19.

UPDATE: Seramai 2⃣1⃣5⃣pesakit #COVID19 di negara ini berjaya disembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat 12pm, 26 Mac 2020. 

Ini termasuk 1⃣6⃣ lagi pesakit terbaru yang telah sembuh dan discaj. 

Tahniah👍 dan terima kasih 🙏kepada anggota kesihatan KKM.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock