TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, March 29, 2020

COVID 19- Kes kematian terkini


Dukacita dimaklumkan kes kematian COVID-19 hari ini bertambah sebanyak 7 kematian. 

Ini menjadikan keseluruhan kematian setakat ini 34 orang. 

1. Kes kematian ke-28 (kes ke-2321), wanita tempatan 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

2. Kes kematian ke-29 (kes ke-2123) wanita tempatan 64thn. Latar belakang penyakit kronik kencing manis dan darah tinggi.

3. Kes kematian ke ke-30 (kes ke-2322) merupakan lelaki tempatan berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. 

4. Kes kematian ke ke-31 (kes ke-2323) merupakan lelaki tempatan berumur 27 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. (PALING MUDA)

5. Kes kematian ke ke-32 (kes ke-1239) lelaki tempatan berumur 50 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. 

6. Kes kematian ke ke-33 (kes ke-1249) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara India. 

7. Kes kematian ke ke-34 (kes ke-787) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. 

Daripada 34 kematian setakat ini:
1. 55.6%  individu berumur 60 thn dan ke atas. 
2. 67.6% menghidap penyakit kronik spt diabetes, darah tinggi, buah pinggang dan jantung. 

Golongan ini berisiko tinggi kena komplikasi yg teruk. Pastikan bekalan ubat sentiasa cukup.

Sumber: KKM

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock