TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, March 31, 2020

COVID 19 - Kes terkini 31 March 2020


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 58 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 537 kes (19.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 31 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 140 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,766 kes.

Sehingga kini, seramai 94 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan enam (6) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 43 kes (1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock