TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, March 16, 2020

Kes OH Irau Feb ‘17-Fatin


Sumber dari Facebook ; MK Rahman.

Malam tadi berkesempatan bersama-sama Fatin Sulaiman yang tersasar dari trek di Irau pada 19 Feb. Berikut ialah apa yang diceritakan oleh beliau bersama nota dari saya didalam kurungan

Macam mana boleh off trek

Semasa di Puncak Botak (atau juga dikenali dengan Anak Irau/Mini Irau/False Peak), Fatin ada bersama satu kumpulan kecil yang di belakang tapi berjalan sedikit laju dan berjarak beberapa kaki di hadapan. Semasa di lowest point selepas turun dari Puncak Botak beliau masih boleh nampak kumpulan yang ditinggalkannya di belakang Selepas naik sikit, ada fork on the trail disitu dan dia buat keputusan untuk ambil yang belah kanan sebab yang belah kiri kena turun sikit dan naik balik. Masa ni antara jam 4 dan 5 petang.

Selepas beberapa langkah, trek tu macam dead end (sebenarnya kena panjat akar ke kiri) dan beliau meninjau ninjau cari trail. Semasa di tepi cerun (di sebelah Negeri Perak), tanah yang dipijak gave way dan beliau tergelungsur kebawah. Dan tergelungsur lagi. Tanah dan batu disitu memang loose sangat (Ini di sahkan oleh Tuan Haziq dan rescuer lain yang turun kat situ masa SAR. Ada ahli tim SAR yang cedera sikit kena batu sebesar roda kereta kancil yg tergolek kebawah). Beliau cuba pegang akar dan batu tapi semua tercabut dan beliau tergelungsur lagi. Semua cubaan untuk naik keatas menyebabkan beliau tergelungsur lebih jauh kebawah (on hind sight, beliau sepatutnya menjerit sebaik sahaja tergelungsur untuk memberitahu kawan2 yang tidak jauh dari situ atau yang lebih baik lagi meniup wisel, tapi beliau tak bawa wisel)

Macam mana boleh jauh lagi off trek

Setelah tergelungsur hamper 100 meter ke bawah, keadaan tanah makin stable. . Beliau sedar bahawa untuk keluar kena panjat balik ke trail asal tetapi keadaan tanah dikawasan itu tidak membolehkan Fatin untuk panjat naik lalu dia menyusuri lagi sungai. 

Beliau membuat keputusan untuk cuba keluar sendiri sebelum malam (jika anda tak pernah pergi kursus survival dan bukan ahli sondol bukak trek baru dan bukan bekas komando, objektif yang lebih baik adalah untuk senang dicari). Selepas turun lagi beliau menjumpai anak sungai yang cetek lalu cuba nenyusurinya. Banyak halangan yang kena lalui seperti kena panjat akar separuh dan lepas tu terjun jer separuh lagi di tebing batu, abseil menggunakan akar, gelungsur air terjun dan kawasan-kawasan berhalangan dan timbunan pokok tumbang di tengah sungai atau jalan

Beliau memereksa line telepon tapi tak ada dan tutup telepon untuk jimatkan bateri yang dimasa itu ada 30%. Selepas itu sepanjang perjalanan beliau on dan off telepon untuk tengok kalau ada line. Semasa memanjat turun sumber air dengan lebih kurang 80 darjah dan 15 kaki tinggi. Fatin memanjat turun pokok tumbang yang berada di tengah tengah untuk kebawah, tetapi kerana struktur permukaan batu sumber air and pokok tumbang (tempat panjat paut) yang licin beliau jatuh setengah jalan dan dihempap dahan pokok. Ini menurut beliau salah satu moment yang amat mencabar bagi seorang hiker yang kurang pengalaman dan kemahiran.

Malam Pertama 

Setelah meneruskan perjanlanan, hari semakin malam dan beliau buat preparation untuk bermalam dicelah2 batu berdekatan satu air terjun kecil. Bersama beliau, selain dari pakaian hiking, ada padded windbreaker, poncho, glove, daypack, sedikit cokelat dan air (sepatutnya tak boleh tidur dicelah2 batu dikawasan sungai. Banyak bahaya tapi mungkin terpaksa untuk keadaan ini dimana cerun ditepi sungai semuanya loose). 

Baju beliau telah basah, oleh itu Fatin tanggalkan baju dan hanya pakai windbreaker. Fatin tidur malam tu tapi kerap terjaga kerana bimbang binatang dan kepala air. Tempat tu open dan beliau dapat lihat kapal terbang lalu disitu. 

Hari Kedua 

Setelah siang, Fatin ambil keputusan untuk berjalan lagi cari jalan keluar. Kata beliau, kalau mati pun she want to die trying. Beliau tinggalkan ponco untuk tanda kepada tim rescue. Setelah 2 setengah jam berjalan dari lokasi bermalam, keadaan semakin berubah. Tanah mula firm sikit dan ada pokok besar dan ada ruang diantara pokok untuk panjat naik. Setelah naik dalam 30 meter, Fatin on telepon dan dapat line. Beliau call 2 orang kawan dan diberitahu untuk jangan bergerak dan share location. Semasa sedang share location, beliau dapat call dari Uteh. Beliau sempat beritahu beberpa perkara mengenai lokasi seperti air terjun dan kapal terbang lalu sebelum beteri habis. 

Beliau tunggu dan bermalam disitu sehingga keesokkan harinya. (Malam tu semua yang terlibat, pihak berkuasa, NGO dan sukarelawan lain bermesyuarat dan berdasarkan perbualan Fatin dan Uteh dan kesan gelungsur yang di temui oleh Tuan Haziq yang dah masuk pada siangnya, probable location Fatin telah dikenal pasti. Tak dapat trace lokasi dari phone dia sebab dia pakai I-Phone dan banyak procedure perlu dibuat untuk dapatkan info dari Apple. Tapi tim MOSARS juga rancang untuk cover disebelah PAHANG just to be sure)

Hari Ketiga 

Setelah siang, Fatin sekali lagi buat keputusan untuk bergerak, tapi laluan menyusuri sungai banyak halangan dan dia bergerak perlahan. Tim SAR yang diketuai oleh Tuan Haziq jumpa ponco dan terus turun sambil memanggil Fatin. Lebih kurang jam 2 petang Fatin dengar jeritan mereka dan jerit balik. Fatin berpatah ke arah team SAR.

Setelah rehat, tim rescue merentis jalan keluar yang baru untuk balik. Keadaan cerun dimana mereka turun memang tak boleh naik balik. Dah malam, dalam jam 9 baru sampai keluar. Tim MOSARS ada yang  esok pagi baru sampai keluar. Alhamdulillah.

1. Jangan jalan sorang2
2. Bawa wisel tapi seeloknya survival kit, wisel, headlamp, lighter, pisau, pen
3. Jangan panic, pikir dan plan dan objective sepatutnya ialah "to be easily found" so jangan bergerak
4. Cari jalan keluar ikut sungai is a myth. 40 km disimpang pulai baru boleh keluar
5. Bawa pen, ponco dan windbreaker seperti Fatin buat
7. Bawa lebih makanan dan air seperti fatin buat

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock