Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Monday, November 9, 2015

Papan tanpa makluman tapak pasar pagi dan malam di Tanah Rata.

(Catatan ini adalah salinan dari email aduan yang dibuat kepada MDCH)

Tuan MDCH, 

Perkara ini sering terjadi. Pemilik kereta meletak kereta tanpa menyedari akan pasar pagi dan malam akan diadakan setiap hari ahad.

Saya pernah bersembang dengan Pemilik kereta yang mana kereta mereka akan terkepung diantara gerai jualan.

Semuanya adalah pelancong dari luar Cameron highlands dan tidak mengetahui akan penggunaan tapak meletak kereta ini sebagai tapak pasar pagi pada Hari ahad.

Tiada Papan notis yang nyata dan jelas dipasang.

Kalau ada adalah di gerbang masuk yang terlalu tinggi dan gelap di waktu malam dan tidak dipasang didua pintu masuk.

Saya Sebagai penduduk tempatan yang simpati dengan mereka memohon ada langkah lebih proaktif dan mesra kepada pelancong. 

Antaranya Papan tanda yang separas mata memandang dan berbeza lokasi dipasang. 

Saya percaya, ianya akan lebih membantu semua pihak, baik pelancong dan peniaga.

‎Mohon pertimbangan pihak MDCH. 

* Tempat letak kereta yang Saya maksudkan adalah berhadapan Traveller Bistro di pekan Tanah Rata.




Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...