Antara soalan dari rakan riders dari luar sejak dua minggu ini adalah adakah sesuai untuk naik ke Cameron Highlands dan melakukan kayuhan santai.
Adakah di Cameron Highlands hujan?
Adakah di Cameron Highlands sesak?
Adakah terlalu sejuk untuk berkayuh?
dan beberapa soalan lain.
Jawapan saya yang kurang berkayuh di sini adalah :
Cameron Highlands memang sedang musim hujan.
Cameron Highlands kurang sesak sebab cuti sekolah yang panjang dan kalau sesak sekalipun, sebagai riders pasti mudah menyelit malah mungkin lebih laju dari kereta jika berlaku kesesakan.
Cameron Highlands memang sejuk sekarang ini.
Dan apapun jawapan saya yang mungkin kelihatan mengerunkan pula untuk anda berbasikal di sini sekarang ini, saya ingin bertanya pula kepada anda...
Di manakah anda boleh berbasikal dalam suasana berkabus tebal... ?
Di manakah anda boleh berbasikal pada waktu siang dalam suasana sejuk?
Di manakah anda boleh menikmati suasana berbasikal sepanjang hari?
Jika anda mengatakan di Cameron Highlands sebagai jawapan, maka datanglah sahaja ke sini kerana inilah kelainan jika anda berkayuh di Cameron Highlands.
Cuma pastikan anda ada lampu keselamatan di basikal anda biarpun berbasikal di waktu siang kerana kabus datang tanpa diundang...
Saya kongsikan gambar-gambar Cameron Riders yang berkayuh dalam suasana berkabus dan gambar ini saya rakamkan di sekitar Bharat Tea ke Tanah Rata yang biasa dapat dilihat diwaktu petang...
Kabus ke hujan ke tetap kayuh sebab kalau nak tunggu panas memang tak akan ada di waktu sekarang ini.
Selamat berkayuh... Ingat .. utamakan keselamatan ....
No comments:
Post a Comment