TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, April 16, 2012

Info Tani: Green Coral @ Salad Karang Hijau ..

Saya cuba untuk menjenamakan semula ruangan pertanian di laman ini dengan lebih berkongsikan maklumat ataupun sekadar berkongsi gambar yang mungkin tidak semua orang pernah melihat. Dan pastinya pilihan gambar adalah sekitar di Cameron Highlands yang lebih dekat dengan saya dan cuba pula untuk mendekatkan anda dengan info tani tersebut. 

Buat yang pertama dibawah jenama catatan baru ini saya bawakan gambar sekitar kebun salad karang hijau ataupun Green Coral. 

Mungkin anda menikmati salad segar akan biasa dengan jenis salad ini tetapi jika tidak barangkali anda selalu ke kedai makan tomyan dan jika anda perasan ianya selalu digunakan sebagai hiasan samada dilapik untuk masakan ikan ataupun apa juga menu. 


Green Coral memang rangup dan sedap di makan tetapi lebih kepada salad bukannya sayur masakan. Ditanam di atas tanah ataupun menggunakan kaedah hidroponik dengan sistem atau tekni nutrient film adalah pilihan popular. 



Daerah Cameron Highlands sememang amat sesesuai dengan tanaman ini kerana suhu yang sejuk dan kadar cahaya matahari yang tidak terlalu panas sepanjang hari. 


Biasanya green coral di tanam sekitar 25-30 hari yang akan memberi berat sekitar 200-300 gram setiap satu dengan harga pasaran sekitar RM6.00 sekilo. 

Cuma menjadi musuh adalah kelembapan yang tinggi mudah membuka risiko kepada serangan penyakit terutamanya berasaskan kulat dan juga bawaan air bagi tanaman menggunakan kaedah hidroponik.


Masalahnya hanya terdapat 3-5 jenis racun yang dibenarkan mengikut Jadual 16 Akta Makanan menjadikan  begitu sukar dan satu cabaran bagi saya dan petani yang lain untuk menanam sayur ini. 

Jadi kami selalunya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan racun perosak jika perlu digunakan kerana selalunya pengguna memilih green coral sebagai salad yang dimakan mentah. 

Cuma jika kurang kesedaran dan rasa tanggungjawab, ada petani yang menggunakan racun yang tidak dibenarkan untuk salad ini demi mendapatkan hasil yang baik keuntungan yang tinggi. 

Seeloknya jika anda membeli salad ini, apa kata anda basuh dahulu sebelum makan. Tidak salah untuk anda meluangkan sedikit masa anda dan bersabar dahulu sebelum mengunyah dan menikmati keranggupan salad ini. 

Menu yang biasa disediakan adalah campuran salad dan juga hirisan salad didalam burger dan hidangan ala barat. Utamakan kesihatan dan keselamatan diri anda dan keluarga. Sedap di mata .. Insyaallah kenyang dan nikmat di perut. 

Jika anda datang ke Cameron Highlands dan ingin melihat tanaman ini ditanam dengan kaedah yang mungkin baru bagi anda, saya mencadangkan anda ke Big Strawberry Farm iaitu bersebelahan Cactus Valley di Pekan Brinchang. 

Kalau ke Stesen Mardi saya kurang pasti kerana dahulu terdapat unit ini disebelah pusat jualan tetapi tapaknya kini telah dibina bilik taklimat pelawat. Gambar diatas adalah dari kebun saya tetapi tidak dibuka kepada pelawat. 

Insyaallah kalau saya mengjengah ke sana nanti akan saya maklumkan di sini.  

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock