

Namun saya dikhabarkan cerita bahawa pemilik barunya yang juga warga penduduk di Kg Taman Sedia ini telah membeli dan membangunkan tapak rumah ini kepada kebun berasaskan Agro Tourism yang bagi saya berjaya dan kini menjadi tumpuan.
Faktor yang mungkin menarik adalah produk strawberry yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong dan saya rasakan faktor utamanya adalah kerana lokasi yang sangat baik iaitu di persimpangan utama dan pertengahan kampung ini.

Saya secara peribadi tidak mengenali sangat pemiliknya iaitu Saudara Yusof tetapi sekadar bertegur sapa jika bertembung. Namun saya melihat cara dan iltizam beliau untuk membangunkan tapak ini sungguh menarik.
Seawal pembukaan, saya melihat beliau sekadar menjual barangan produk hiliran rakan-rakannya yang telah dikenali dengan tanaman dan produk strawberry seperti Al-Mashor dan KHM Farm tetapi kini YZ Agro Farm telah mempunyai jenama dan produk hilirannya sendiri seperti jam, jus strawberry, strawberry kering dan pelbagai lagi.

Juga yang mungkin ingin merancang perjalanan anda di Cameron Highlands, selepas anda keluar dari hotel, chalet ataupun apartment dan ingin bersarapan apa kata anda pertimbangkan cadangan ini.

Anda akan menjimatkan masa anda jika bersarapan di kedai dan kemudian datang ke kebun strawberry. Ibaratnya dua dalam satu...
Selain itu jika anda ingin berbasikal di sekitar kampung ini, anda boleh menyewa basikal di sini.
Anda juga boleh membeli strawberry segar yang dipetik dari ladang atau kebun ini cuma di sini tidak disediakan tawaran memetik strawberry sendiri.
Anda juga boleh membeli strawberry segar yang dipetik dari ladang atau kebun ini cuma di sini tidak disediakan tawaran memetik strawberry sendiri.
Sokonglah produk bumiputera. Sampaikan salam saya kepada tuan milik pusat ini. dari Mrkumai...
2 comments:
..terima kasih di atas ulasan anda yang begitu memberangsangkan..kami mengalu-alukan kedatangan anda sebagai tetamu istimewa...jemput like page YZ AGRO FARM kami..
-admin-
Post a Comment