
Cuma kagum dengan kegigihan mereka dari menjadi pekerja dan kini memiliki ladang sendiri. Yang lebih mencabarnya adalah semuanya dilakukan di negara orang yang awalnya asing bagi mereka.
Ladang kedua ini tidak menjadikan tomato sebagai tanaman tunggal semata-mata tetapi dipelbagaikan dengan tanaman timun dan sayuran berdaun. Manakala struktur rumah hujan atau pelindung tanaman adalah dari jenis yang paling ringkas namun sistem fertigasinya masih menggunakan sistem yang moden.
Ternyata ianya berkesan kerana si petani hanya perlul menumpukan kerja di ladang seperti penjagaan tanaman dan tuaian sementara yang lebih penting iaitu sistem fertigasi diuruskan sepenuhnya oleh program dan pengedar sistem tersebut memberikan khidmat nasihat selepas jualan yang baik kerana faktor lokasi yang dekat berbanding jika di negara kita.

Sama juga keadaanya langsung tak berbahasa Inggeris tetapi saya berpendapat mungkin mereka mengetahui sebenarnya cuma tidak mahu berinteraksi lebih dengan kami.
Apapun gambar-gambar ini menceritakan sepenuhnya lawatan kami ke sini.
Semoga rakyat dan petani kita juga mampu melakukan sebegini dan saya pasti cabarannya tentu besar di sini dan mungkin mudah sedikit di negara sendiri.
No comments:
Post a Comment