Masih di Mumbai atau berlatarkan India dan kisahnya kali ini adalah mengenai kanak-kanak samada jalanan , gelandangan ataupun masih bersekolah atau di universiti; pastinya membawa dua kisah yang berbeza.
Pemerhatian saya di sini seperti yang boleh dilihat, tidak semua yang bernasib baik dan tidak semua yang bernasib malang.
Yang kurang bernasib baik, maka kita akan sentiasa dapat melihat bagaimana bahana kemiskinan tegar akan membelit dan merantai mereka agar terus berada di jalanan demi sesuap nasi dengan mengemis dan membuat kerja kasar yang tidak selayaknya dilakukan bagi seusia dengannya.

Bagi yang bernasib baik, mereka akan bersekolah sehinggalah ke kolej atau universiti dan cabaran sebenar adalah selepas itu untuk meraih pekerjaan dengan pasaran pekerjaan yang tidak menjanjikan kesenangan atau kemewahan berikutan jumlah lepasan berijazah yang begitu banyak.
Saya melihat sendiri di sebuah kilang di Jalgoan yang setiap hari (Ketika saya sempat 2 hari di sana) dari awal pagi hingga petang barisan lepasan Ijazah yang muda-muda berbaris panjang untuk ditemuduga. Setiap hari!!! Untuk pelbagai jawatan yang tidak menjurus mereka sebagai buruh kasar atau kuli.

Pada kita pemandangan dua senoario begini mungkin agak asing di bumi Malaysia dan wajib bagi kita bersyukur dan terus mempertahan ekonomi negara kita agar terus kukuh. Gambar-gambar ini saya rakamkan dari lensa Nikon saya di ketika diatas kenderaan yang bergerak dan hasilnya tidak sebeberapa tetapi saya percaya ada cerita disebaliknya.
Klik gambar untuk imej yang lebih besar.
Mereka membawa watak dan jalan cerita yang mungkin sama atau berbeza tetapi pastinya mereka menyimpan dan mengangankan impian yang lebih baik di masa hadapan demi bukan sekadar kelangsungan hidup semata tetapi nasib generasi mereka pula.
Namun sehingga catatan ini dibuat, tiada apa yang pasti dapat dijanjikan dengan senario yang hanya bergerak pelahan berubah untuk kebaikan samada ekonomi dan sosial.
No comments:
Post a Comment