TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, April 17, 2012

Info Tani : Butterhead












Butterhead mungkin agak asing bagi sesetengah daripada kita kerana namanya. Saya tidak pasti nama tempatan bagi butterhead. Namun saya rasa mungkin ramai juga yang telah biasa menikmati salad ini. 

Rasanya seperti sayuran lain yang agak ranggup dan sedikit manis dan kerana itulah biasanya menjadi antara ramuan utama salad campuran. Malah ianya sedap dimakan bersama campuran green coral, red coral  beserta sos Thousand Island atau mayonis. 
Namun biasa juga yang mengoreng bersama kicap tiram seperti sayuran pak choy dan sawi putih. 

Ditanam di kawasan yang sejuk seperti di Cameron Highlands dan ianya boleh ditanam di tanah ataupun menggunakan sistem hidropnik sama seperti icerberg, red coral mahupun green coral. 

Usia matangnya adalah sekitar 25-30 hari untuk berat sekitar 200-250 gram sepokok dan biasanya di jual berdasarkan setiap pokok berbanding kilogram di sini.  
Jika anda ke Cameron Highlands, anda boleh mengunjungi Big Strawberry Farm di Brinchang untuk melihat sendiri tanaman butterhead ini dengan menggunakan sistem NFT dan anda juga boleh membeli terus dan segar dari ladang tersebut. 

Jika anda ingin mengetahui mengenai apa itu NFT, catatan terdahulu saya mengenainya ada di SINI.  
Harga pasaran bagi setiap kilo sekitar RM 4-6 dan biasanya tahan selama 3-5 hari. Seeloknya jika anda melancong ke sini dan ingin membeli sayuran ini saya mencadangkan pada hari terakhir anda ataupun sebelum pulang. 

Semoga maklumat ringkas ini membantu anda untuk mengenali sayuran butterhead ini dan mungkin anda boleh mencari maklumat lebih lanjut di laman web yang lain. 
Manakala apa kata anda mencuba sayuran ini kerana ianya dijual di pasaraya berdekatan dengan anda. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock