Di tengah-tengah bandar atau pekan ini terdapat satu tugu peringatan yang dibina khusus untuk memperingati askar dan pejuang mereka yang terkorban ketika berlangsungnya perang dunia ke dua dan salah satu peringatan ini ditujukan kepada wira-wira mereka yang telah terkorban di Malaysia ketika zaman darurat dahulu iaitu sekitar 1962-1965.
Saya kurang pasti pasukan mana yang dimaksudkan samada di Semenanjung ataupun di bahagian Sabah dan jika anda ada maklumat lebih lanjut dan terperinci mungkin anda boleh kongsikan di bahagian ulasan dibawah.
Apapun saya sekadar memanjangkan gambar tugu peringatan yang dimaksudkan dan saya teringat ada satu tugu peringatan di UK yang menyenaraikan nama-nama negara yang pernah dibawah jajahan British dan salah satunya tentunya nama Malaysia.
Bagi yang tidak sensitif jika ada perkataan Malaysia atas apa jua sejarahnya pasti akan melompat dan melaung riang kerana ada perkataan MALAYSIA di terpahat di UK walhal ianya menyatakan negara kita itu pernah dijajah oleh Bristih . Sinis sekali.
Ketika di sini saya dan di saat kali pertama melihat nama negara kita Malaysia juga tertera di dinding tugu ini, perasaan saya berbelah bagi samada untuk berbangga ataupun tidak kerana tidak mengetahui sejarahnya dengan lebih lanjut.
Oleh itu saya berpendapat adalah lebih baik sekadar berdiam diri dan mencari cerita dan sejarah sebenar disebalik kisah ini.
Oleh itu saya berpendapat adalah lebih baik sekadar berdiam diri dan mencari cerita dan sejarah sebenar disebalik kisah ini.
Jadi sekali lagi jika anda mempunyai maklumat mengenai kisah ini kongsilah bersama saya dan yang lain. Mungkin ada link kepada laman info yang lain.
Selebihnya, gambar-gambar ini menambah cerita saya di sana. Klik imej untuk paparan yang lebih besar.
Selebihnya, gambar-gambar ini menambah cerita saya di sana. Klik imej untuk paparan yang lebih besar.
Pekan ini kecil sahaja dan suasananya agak tenang dan sesuai untuk kita berehat sebentar . Cuma kedai makannya terhad dan akhirnya Subway menjadi pilihan dengan salad dan tuna.
No comments:
Post a Comment