Hari Ahad yang lalu saya sempat singgah sebentar di Tasik Chini selepas berurusan di Felda Chini 1 dan ternyata kunjungan kali ini memberikan sesuatu pemandangan yang sungguh berbeza mengenai pembangunan infrastrukturnya berbanding ketika kunjungan saya terdahulu sekitar tahun 1999. Anda boleh membaca catatan terdahulu saya mengenai Tasik Chini di SINI
Kalau dahulu iaitu sekitar tahun 1999, tapak perkhemahan hanya dilengkapi dengan kemudahan asas dan jeti bot yang usang, kini suasana di Tasik Chini ternyata berbeza.
Pertama anda akan menempuhi jalan masuk yang masih sama tetapi dapat melihat kawasan hutan yang menjadi pusat penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga anda akan menempuhi Kem Latihan Khidmat Negara yang terletak bersebelahan dengan Tasik Chini.
Masih saya teringat akan komen dan aduan pengunjung yang mengatakan kegiatan dan penempatan peserta di kem ini telah mencemarkan air tasik kerana saluran air kumbahan terus ke dalam tasik. Saya percaya pihak yang berwajib telah mengambil berat akan isu ini.
Sejarah Tasik Chini |
Lengkap dengan kemudahan Chini Lake Resort yang berwajah baru seperti chalet, bilik dan dorm untuk penginapan pelancong serta kemudahan restoran yang baik serta kemudahan menaiki bot yang selamat.
Selain itu suasana persekitaran yang lebih terjaga dan dibawah seliaan Tasik Chini Resort memberikan jaminan keselesaan dan keselamatan yang lebih baik berbanding dengan perkhidmatan dahulu yang lebih bersifat peribadi.
Penginapan;
Terdapat beberapa jenis penginapan yang ditawarkan kepada pengunjung di Tasik Cini Resort ini seperti Bilik Standard sekitar RM 130, Bilik Duluxe pada harga RM 140, 5 buah Dorm yang boleh memuatkan 10 orang setiap satu dengan harga RM 25 seorang serta Bilik VIP dengan sekitar harga RM 300.
Manakala bagi mereka yang ingin berkhemah terdapat tapak perkhemahan dengan kemudahan asas pada harga RM 5 seorang.
Aktiviti;
Dengan menawarkan 12 tasik yang terdapat di sini untuk anda terokai menggunakan bot serta terdapat beberapa lagi kemudahan dan kegiatan rekreasi bersesuaian dengan kunjungan anda samada berkeluarga, individu mahupun aktiviti syarikat yang ditawarkan seperti;
- Mengembara dan menerokai tasik dengan bot
- Menyewa bot untuk memancing
- Menyewa kayak
- Menerentas denai hutan,
- Melawat kawasan penempatan orang Asli Kaum Jakun
- Memberi makan ikan
- Abselling dan Flying Fox
- Menunggang Kuda
- Merentasi tasik
- Cabaran Berhalangan,
- Menunggang kuda
- BBQ dan karaoke.
Pemerhatian saya;
Cuma pemerhatian saya, Bunga Teratai bukan lagi ikon kebanggaan di Tasik Chini kerana saya tidak dapat melihat hatta sekuntum pun bunga teratai dan melalui perbualan dengan pemandu bot, bunga teratai sudah hampir pupus dengan peningkatan aras air.
Jika 10 tahun yang lalu, bunga teratai mendominasikan permukaan tasik tetapi kini saya melihat seperti Tasik Bera yang mana tumbuhan pandanus air. Saya tidak pasti dimana silap dan puncanya tetapi sesuatu pasti perlu dilakukan oleh mereka yang berkaitan.
Manakala saya tidak pasti samada perkhimatan bot dari jeti muara Tasik ini yang bersambungan dengan Sungai Pahang masih aktif ataupun tidak kerana semasa melaluinya saya melihat kompleks jeti ini tidak terjaga dan dikunci.
Bagi anda yang ingin menambah sedikit pengalamnan anda menyusuri Sungai Pahang, anda boleh melalui jajaran baru ini sehingga ke Daerah Bera sekitar 80 km dan uniknya terdapat perkampungan melayu di jajaran ini. Apa salahnya anda mencuba jajaran ini dan boleh pula terus ke Tasik Bera.
Selainnya, koleksi gambar dibawah mungkin boleh membantu memberikan gambaran yang lebih.. Klik gambar untuk paparan imej yang lebih besar.

Selamat melancong.. tak rugi anda melancong di negara sendiri ..
No comments:
Post a Comment