Glenormiston merupakan sebuah bandar di pendalaman di utara Victoria iaitu sekitar 1 jam setengah perjalanan dari Warrnambool.
Kami ke sini atas lawatan dan meninjau peluang kolej yang menawarkan kursus jangka pendek untuk pertanian seperti ternakan dan agronomi.
Yang ingin saya kongsi bukannya butir perbincangan antara kami tetapi lebih kepada pemandangan sekitar yang ingin dikongsikan walaupun berada di kawasan pendalaman.
Keadaan amat bersih, kemas dan tersusun atur letak bandar ataupun pekan ini. Malah kawasan kampusnya merupakan kawasan yang amat terjaga lanskapnya dan melihat laluan masuknya sahaja cukup menarik.
Keadaan amat bersih, kemas dan tersusun atur letak bandar ataupun pekan ini. Malah kawasan kampusnya merupakan kawasan yang amat terjaga lanskapnya dan melihat laluan masuknya sahaja cukup menarik.
Selebihnya seperti biasa , biarlah gambar yang menjadi penyambung cerita dan dari bandar ini kami kemudian menuju ke persisir pantai Great Ocean Road. (catatan klik di SINI)
Dua wajah diatas adalah penduduk tempatan yang mengusahakan nurseri semaian sendiri. Sempat juga berbual panjang tetapi loghat Aussie terlalu tebal untuk difahami sepenuhnya. Ibarat orang Kedah bercakap dengan Orang Kelantan.
No comments:
Post a Comment