TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, April 13, 2012

Catatan Perjalanan: Warrnambool ...

Warrnambool merupakan sebuah bandar yang terletak di penghujung Great Ocean Road yang memukau anda jika berada disini. Dikatakan penempatan pertama sekitar 1840 dimana menjadi penempatan nelayan dan perkapalan yang amat penting di sini. 

Ketika kunjungan saya ke sini, saya menaiki keretapi dari Bandar Melbaourne iaitu perkhidmatan V-Line yang mengambil masa sekitar 2 jam -3 jam tetapi amat selesa dan pemandangan di sepanjang perjalanan anda akan melalui kawasan bandar dan pertanian yang luas. 

Jika anda ingin menerokai Great Ocean Road seperti 12 Apostle , Lord Ard Gorge, London Arch dan beberapa lagi kawasan ianya lebih mudah dan dekat jika anda memulakannya dari bandar ini. 

Caranya agak mudah, anda perlu menaiki keretapi di Southern Cross Station ke sini dan menginap samada di bandar ini ataupun lebih dekat dengan kawasan pantai. Anda boleh memilih untuk menyewa kereta di sini ataupun mendapatkan pakej perlancongan di sini . 

Pemerhatian saya ke atas bandar ini agak tersusun, lengang dan tidak sesak , kemudahan yang amat mudah diperolehi dan juga terdapat sebuah kolej iaitu TAFE dan sebuah Universiti. 

Selebihnya saya berkongsikan gambar-gambar sekitar bandar ini, Cuma ketika saya di sini, sekadar sehari iaitu tiba pada pukul 10 pagi dan pulang dengan perjalanan keretapi terakhir iaitu sekitar 6 petang ke Melbourne. 











Terdapat banyak lagi tempat menarik untuk anda kunjungi di sini jika berada lebih lama dan saya syorkan anda menetap sekitar 2 hari sini dan menghabiskan masa di Pesisir pantai Great Ocean Road ataupun bagi yang inginkan kelainan sewa sebuah karavan dan berkhemah di kawasan perkhemahan yang disediakan. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock