Melbourne merupakan ibu negeri bagi Victoria, Australia malah merupakan banda raya kedua yang tertinggi bilangan populasi penduduknya di negara ini. Dibuka pada tahun 1835 selepas 47 tahun penerokaan Peneroka Eropah di Australia.
Pada tahun 1847, Queen Victoria secara rasminya telah mengistiharkan Melbourne sebagai bandar bagi Negeri Victoria. Melbourne pada tahun bancian 2012 dianggarkan mempunyai seramai 4 juta penduduk yang terdiri dari pelbagai bangsa dan kewarganeraan seperti Eropah dan Asia yang berhijrah ke sini.
Kedudukanya mengadap laut di Tenggara Australia menyaksikan Melbourne terdedah kepada 'Oceanic Climate' seperti musim spring dan autumn. Malah bagi kebanyakkan pelancong seringkali mengambarkan Melbourne mempunyai 4 musim dalam satu hari yang sentiasa berubah-ubah.
Kunjungan saya ke sana sekitar bulan May memberi peluang kepada saya merasai perubahan cuaca sebegini tetapi masih selesa.
Bagi anda yang ingin ke sana, jika ingin bertemu lapisan rakyat Asia khasnya Malaysia, China , Korea, Indonesia dan sebagainya pastinya Perpustakaan Victoria menjadi pusat perjumpaan kerana berdekatan dengan Universiti Melbourne.
Malah ramai penuntut kita yang akan berada di sini setiap hari dan mungkin kerana mudah mendapatkan makanan halal di sekitarnya ataupun kemudahan trem dan tube yang berdekatan.
Ini sekadar pendapat saya semata kerana saya pun sekitar sehari sahaja di sini. Mungkin ada pembaca yang lebih arif mengenai bandaraya ini boleh memberi ulasan selanjutnya.
Ini sekadar pendapat saya semata kerana saya pun sekitar sehari sahaja di sini. Mungkin ada pembaca yang lebih arif mengenai bandaraya ini boleh memberi ulasan selanjutnya.
Apapaun gambar-gambar ini sekadar menceritakan selebihnya.
Selamat menikmati perjalanan anda ke Melbourne ...
No comments:
Post a Comment