TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, April 10, 2012

Catatan Perjalanan: Kisah dari Mumbai

Kisah dari Mumbai bukannya sepenuhnya saya dapat kongsikan sekadar untuk mencoretkan sedikit pengalaman ke sini setahun yang lalu. 

Sekadar tengok sana sini dan mengambil gambar di mana yang sempat dalam masa sehari transit di sini. Selebihnya saya tidak berpeluang untuk menyelongkar sepenuhnya bandaraya ini.

Mumbai meruapakan bandaraya yang terbesar di India yang merupakan pusat ekonomi dan kormesial.  

Mumbai yang suatu ketika dikenali dengan Nama Bombay merupakan pusat kelahiran industri perfileman di India. Dikatakan mempunyai kepadatan 21 juta penduduk atau sekitar 22,000 kepadatan setiap kilometer persegi malah Daerah Barat Daya iaitu Dharvi dikatakan kedua paling sesak di Asia. 

Nisbah penduduk lelaki dikatakan melebih penduduk wanita kerana penghijrahan dari luar bandar ke sini untuk peluang pekerja. 

Malah kadar celik hurufnya dikatakan lebih tinggi peratusaanya berbanding di tempat lain kerana bandaraya ini merupakan pusat perdagangan yang penting bagi Negara India. 

Namun di lorong-lorong seperti biasa anda akan menyaksikan kelangsungan realiti kehidupan yang jelas membezakan antara dua darjat dan inilah resam yang perlu diakui oleh semua pihak di mana-mana sahaja di India ataupun di dunia. 

Selebihnya, gambar-gambar yang sempat saya rakamkan di bandar ini dan mungkin juga di beberapa lokasi lain menjadi penyambung kepada sebahagian lagi kisahnya. 







Gambar seterusnya adalah sekitar Daerah Jalgoan, Maharasta.  







Selamat menjelajahi India yang penuh klasikal dan moden bergabung membentuk keunikan tersendiri.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock