Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com
TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:
Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts
Tuesday, April 10, 2012
Catatan Perjalanan: Wajah-wajah di India
Rangkuman koleksi gambar yang mengambarkan suasana di India samada rakyatnya, aktiviti harian dan juga sampingan.
Catatan Perjalanan: Ladies of India
Siri kedua mengenai Lady of India tetapi kali ini aku ramaikan.. jadi Ladies Of India. Sekitar kegiatan harian mereka yang gigih dan rajin bekerja...
Catatan Perjalanan: Kisah dari Mumbai
Kisah dari Mumbai bukannya sepenuhnya saya dapat kongsikan sekadar untuk mencoretkan sedikit pengalaman ke sini setahun yang lalu.
Sekadar tengok sana sini dan mengambil gambar di mana yang sempat dalam masa sehari transit di sini. Selebihnya saya tidak berpeluang untuk menyelongkar sepenuhnya bandaraya ini.
Mumbai meruapakan bandaraya yang terbesar di India yang merupakan pusat ekonomi dan kormesial.
Mumbai yang suatu ketika dikenali dengan Nama Bombay merupakan pusat kelahiran industri perfileman di India. Dikatakan mempunyai kepadatan 21 juta penduduk atau sekitar 22,000 kepadatan setiap kilometer persegi malah Daerah Barat Daya iaitu Dharvi dikatakan kedua paling sesak di Asia.
Nisbah penduduk lelaki dikatakan melebih penduduk wanita kerana penghijrahan dari luar bandar ke sini untuk peluang pekerja.
Malah kadar celik hurufnya dikatakan lebih tinggi peratusaanya berbanding di tempat lain kerana bandaraya ini merupakan pusat perdagangan yang penting bagi Negara India.
Namun di lorong-lorong seperti biasa anda akan menyaksikan kelangsungan realiti kehidupan yang jelas membezakan antara dua darjat dan inilah resam yang perlu diakui oleh semua pihak di mana-mana sahaja di India ataupun di dunia.
Selebihnya, gambar-gambar yang sempat saya rakamkan di bandar ini dan mungkin juga di beberapa lokasi lain menjadi penyambung kepada sebahagian lagi kisahnya.
Gambar seterusnya adalah sekitar Daerah Jalgoan, Maharasta.
Selamat menjelajahi India yang penuh klasikal dan moden bergabung membentuk keunikan tersendiri.
Monday, April 9, 2012
Catatan Perjalanan: Mumbai .. street Kid
Masih di Mumbai atau berlatarkan India dan kisahnya kali ini adalah mengenai kanak-kanak samada jalanan , gelandangan ataupun masih bersekolah atau di universiti; pastinya membawa dua kisah yang berbeza.
Pemerhatian saya di sini seperti yang boleh dilihat, tidak semua yang bernasib baik dan tidak semua yang bernasib malang. Yang kurang bernasib baik, maka kita akan sentiasa dapat melihat bagaimana bahana kemiskinan tegar akan membelit dan merantai mereka agar terus berada di jalanan demi sesuap nasi dengan mengemis dan membuat kerja kasar yang tidak selayaknya dilakukan bagi seusia dengannya.
Bagi yang bernasib baik, mereka akan bersekolah sehinggalah ke kolej atau universiti dan cabaran sebenar adalah selepas itu untuk meraih pekerjaan dengan pasaran pekerjaan yang tidak menjanjikan kesenangan atau kemewahan berikutan jumlah lepasan berijazah yang begitu banyak. Saya melihat sendiri di sebuah kilang di Jalgoan yang setiap hari (Ketika saya sempat 2 hari di sana) dari awal pagi hingga petang barisan lepasan Ijazah yang muda-muda berbaris panjang untuk ditemuduga. Setiap hari!!! Untuk pelbagai jawatan yang tidak menjurus mereka sebagai buruh kasar atau kuli.
Pada kita pemandangan dua senoario begini mungkin agak asing di bumi Malaysia dan wajib bagi kita bersyukur dan terus mempertahan ekonomi negara kita agar terus kukuh. Gambar-gambar ini saya rakamkan dari lensa Nikon saya di ketika diatas kenderaan yang bergerak dan hasilnya tidak sebeberapa tetapi saya percaya ada cerita disebaliknya.
Klik gambar untuk imej yang lebih besar.
Mereka membawa watak dan jalan cerita yang mungkin sama atau berbeza tetapi pastinya mereka menyimpan dan mengangankan impian yang lebih baik di masa hadapan demi bukan sekadar kelangsungan hidup semata tetapi nasib generasi mereka pula.
Namun sehingga catatan ini dibuat, tiada apa yang pasti dapat dijanjikan dengan senario yang hanya bergerak pelahan berubah untuk kebaikan samada ekonomi dan sosial.
Subscribe to:
Posts (Atom)























































