TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, January 12, 2017

Tapak Pasar Malam Baharu @ Cameron Highlands


Saya ditanya mengenai tapak pasar malam yang baharu bagi tahun 2017 dari rakan-rakan fb. 


Saya jawab seadanya yang saya tahu. Saya bukan kakitangan kerajaan dan bukan ada kaitan dengan Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH)

Saya juga bukan peniaga pasar malam di Brinchang. 

Cuma saya ambil tahu perkembangan sekitar Cameron Highlands dari rakan-rakan sahaja. 

Jadi kalau nak tahu apa yang sahih tepat dan sangat dipercayai, anda hubungi MDCH kerana mereka adalah majlis tempatan yang menguruskan soal-soal perbandaran dan yang berkaitan MDCH.

Yang saya tahu dari sumber rakan-rakan:

1. Notis perpindahan dikeluarkan oleh MDCH hujung tahun 2016 yang memaklumkan tapak baharu di jalan masuk ke Perkampungan Sungai Ruil atau lebih tepat Golden Hill.


Catatan awal mengenainya ada saya kongsikan di SINI
2. Soal perjumpaan dan cabutan nombor tapak, permintaan, isu berbangkit dan sebagainya tu tak perlu saya kongsikan dan anggaplah ianya adalah soal pihak pengurusan pihak MDCH dan peniaga terbabit. 

Jangan sudu terlebih pula dari kuah dan lauk ya.. kita diam-diam sudah... jangan jadi keyboard warrior.... atau kepoh sekampung macam joyah dalam siri OPAH ya..

3. Pemerhatian saya di lokasi baru tengahari tadi 247 tapak disediakan dan saya dengar hanya untuk peniaga yang diberikan lesen di tapak lama. 

Jangan tanya saya boleh tolong nak dapatkan tapak ke tidak.. saya bukan kakitangan MDCH.

Jangan nak jeling-jeling ke bawah... ke atas atau ehem ehem.. #rasuahadalahjenayah tau .. MDCH dah gunakan hastag ni.  Kipidap...

4. Pasar Malam Brinchang akan tetap diadakan di tempat sama pada Cuti Tahun Baru Cina ini bagi yang bertanya maklumlah dah rancang dan dah pula menyewa apartment.

Tapi tak kan tak de pasar malam anda nak batalkan percutian anda pula...

5. Tarikh akhir pasar malam di Brinchang adalah 5 Februari 2017 yakni Sabtu malam Ahad. 

Bawaklah tisu... tuala ke... nak menangis ke meraung ke ... nak ambil swafoto terakhir di sana dan upload di FB dengan caption.."di sinilah cinta mula berputik"... Silakan...

6. Tarikh mula pasar malam di Golden Hill dan Perkampungan Sungai Ruil adalah 10 Februari 2017. Jumaat malam Sabtu dan Sabtu malam Ahad.

7. Bagaimana nak ke sana? Jangan risau akan ramai kongsi location nanti. Dan kita berharap MDCH akan membantu menyediakan banner makluman arah dan lokasi serta promosi berkaitan.

Pastinya kita tak mengharapkan nanti untuk Bomba dan Penyelamat ataupun Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional atau Persatuan itu dan ini untuk menyediakan poster atau banner arah dan lokasi tersebut. 

Atau jangan pula berharap atau anda telepon Majlis Daerah Tapah atau Lojing untuk menyediakannya. Marah dia orang nanti..

Kita mengharapkan MDCH tau...

Untuk panduan lokasi... saya dah masukan satu catatan berasingan. KLIK  untuk ke catatannya

8. Soalan 'kenapa begitu dan begini' atau 'bukankah atau saya rasa" atau "sape punya idea" atau "tak fikir ke atau dah makan ke belum tu", sila tanya pihak MDCH untuk maklumat lebih tepat. 

Anda kena beranikan diri tau... jangan telunjuk dan ibu jari laju menaip keyboard tapi nak bersuara dengan tekan dial nombor MDCH tak berani. 

Kesian orang lain kena jawab dan lepas tu baru tahu itu bukan jawapan yang sebenar. Tarik nafas... katakan.. anda boleh lakukan.. telepon MDCH .... 


Perkmpungan Orang Asli Sungai Ruil... termoden di Malaysia
9. Saya ternantikan promosi rakan-rakan apartment percutian dan rumah teres di sekitar Golden Hill untuk letakan caption apartment berhadapan dengan pasar malam baharu.. atau sekadar berjalan kaki sahaja ke pasar malam.... ibaratnya LRT dan MRT dah dibuka dikawasan kejiranan anda ni.

Kepada rakan-rakan yang dah lama gunakan caption di atas  sekitar tapak pasar malam yang lama, bertabahlah untuk menukar atau memadamkannya dari poster promosi anda... bertabahlah...

Harap membantu catatan ini ya...

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock