TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, January 12, 2017

Lokasi Tapak Pasar Malam Baru @ Sungai Ruil @ Golden Hill

Yang menjadi soalan panas sekarang adalah lokasi pasar malam baru yang menggantikan lokasi pasar malam di Brinchang mulai 10 Februari 2017.

Untuk tapak pasar malam tersebut telah saya kongsikan satu catatan lebih awal di SINI


Saya ringkaskan PANDUAN KE LOKASI PASAR MALAM YANG BARU seperti di bawah:

1. Terletak di antara Pekan Brinchang dan Pekan Tanah Rata.

2. Jarak dari Pekan Tanah Rata 3.6 km dan 2.3 km jarak dari Pekan Brinchang melalui jalan utama Persekutuan 59.

3. Lokasi Pasar Malam adalah 0.8km dari jalan utama ini iaitu anda perlu masuk ke Golden Hills dan Perkampungan Sungai Ruil  melalui persimpangan di hadapan Villa Dahlia

Jika anda dari Brinchang, anda perlu melalui Padang Golf dan Cameron Highlands Resort sebelum sampai ke persimpangan ini dihadapan Villa Dahlia di sebelah kanan.

Manakala dari arah Tanah Rata anda akan menemui Hotel Rossa De La Rossa sebelah kiri dan menemui persimpangan masuk.

Laluan masuk adalah 2 hala dengan masing-masing 2 lorong yang kemas tersusun cantik.

4. Tapak Pasar Malam baru ini anda tidak dapat melihatnya dari laluan utama macam sekarang. 

5. Ini dipercayai mampu mengelakkan kesesakan di laluan utama berbanding apa yang berlaku sekarang. Nanti kita lihat adakah mencapai objektifnya. 

6. Atas kertas 3.6 km dan 2.3 km tak lah jauh sangat. Cuma nak berjalan kaki tu memang terasa jugalah jauhnya. 

Cuma agak jauh dari pandangan dari laluan utama memungkinkan kurang sambutan untuk berkunjung ke pasar malam ini dan ini membimbangkan semua peniaga pasar malam terbabit. 

Selamat maju jaya kepada semua..

Kemaskini 1 Jun 2017:
Untuk panduan arah secara visual peta ke Pasar Malam Cameron Highlands sebab ada yang komen catatan ini terlalu bernaratif atau bahasa modennya ala membebel ... saya kongsikan di sini untuk Panduan Perjalanan ke Pasar Malam Cameron Highlands yang baharu.  

Sent from my S7edge smartphone

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock