TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Saturday, November 10, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Taman Agro Al-Mashoor

Catatan untuk tips melawat daerah ini kembali ke Kampung Taman Sedia di mana anda boleh membaca beberapa catatan yang saya kongsikan mengenainya dahulu akan sejarah, keunikan dan beberapa lokasi yang boleh anda singgah di sini. 

Untuk catatan kali ini, saya ingin berkongsikan mengenai Taman Agro Al-Mashoor yang mengusahakan tanaman strawberry sebagai tarikan utamanya di sini. 

Bercerita mengenai Al-Mashoor ini, dimiliki oleh Dato Tuan Syed Rahman yang merupakan antara pengusaha terawal tanaman strawberry di Kampung Taman Sedia ini bersama-sama rakan kongsinya Tuan Haji Khairani Mohamad ataupun catatan mengenai KHM Strawberry Farm yang pernah saya muatnaikan dahulu. 

Mereka berdua boleh dikatakan pelopor kepada tanaman ini di Kampung Taman Sedia ini malah mereka berdua mempunyai produk hiliran usahawan Melayu antara yang pertama sepanjang pengetahuan saya. 


Selain Taman Agro Al-Mashoor ini, anda boleh singgah di kiosk dan kebun yang berada selepas Kuala Terla jika datang dari Simpang Pulai atau pun Gua Musang. Kiosk di sana baharu sahaj dibuka pada 1 Jan 2012. 
Juga bagi anda yang mengunjungi Stesen Mardi sebaik sahaja anda menyeberangi jambatan selepas pintu masuk utama, anda juga boleh mengunjungi kebun strawberry milik yang sama tetapi dibawah  kerjasama bersama MARDI. 

Produk-produk strawberry yang boleh anda beli di sini seperti cordial straweberry, ais krim, acar strawberry, jem dan pelbagai lagi. Kesemua produk ini difahamkan dibuat di Stesen Mardi yang mempunyai kemudahan pemprosesan strawbery yang moden. 


Di Kampung Taman Sedia ini, lokasi Taman Agro Al-Mashoor jika anda dari Tanah Rata adalah sebelum dan bersebelahan dengan YZ Agro Farm manakala jika anda datang dari arah Brinchang anda perlu membuat satu pusingan semula ke arah Brinchang untuk sampai ke taman ini. 

Gambar-gambar yang lain akan saya muatnaikkan kemudian kerana terlalu perlahan pula internet malam ini.. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock