Satdhuys di waktu malam dalam catatan terdahulu menceritak sedikit sebanyak asal usul sejarahnya.
Anda perlu membaca catatan pertama mengenai Stadthuys untuk mengetahuinya kerana catatan kedua ini lebih kepada fungsi bangunan ini di waktu kini dan sedikit gambaran di dalamnya.
Stadthuy kini merupakan Muzium Sejarah dan Ethnografi yang mana turut bersambungan dengan 4 lagi muzium dan galeri iaitu Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Muzium Yang Di Pertua Negeri.
Tiket masuk hanya RM 5.00 seorang dan dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 5 petang. Muzium-muzium ini saling bersambungan di dalam bangunan Stadthuys ini dan anda boleh mengetahui sejarah silam mengenai Melaka sehinggalah kepada sejarah Malaysia kini.
Melawat dalaman bangunan ini yang dibina 1650 an ini , anda akan menemui ruang halaman di tengah bangunan dan terdapat juga sebuah perigi yang dikenali sebagai Perigi Portugal. Memasuki bangunan ini sahaja anda bleh melihat sistem peparitan bawah tanah yang dibina dan dikatan bersambungan terus dengan Sungai Melaka.
Ruang Galeri Laksamana Cheng Ho memperlihatkan sejarah kedatangannya ke Melaka dan pelbagai barangan bersejarah seperti tembikar Cina dan pinggan mangkuk.
Muzium Pemerintahan Demokrasi pula menampilkan sejarah kepimpinan negara yang menerima pakai sistem Demokrasi dan pemerhatian saya sedikit terhad mungkin kerana bahannya juga diperlukan di Memorial Pengistiharan Kemerdekaan yang terletak di Dataran Pahlawan atau kaki bukit Kota A Famosa.
Di bahagian luar, anda boleh melihat bagaimana deretan kedai cenderahati dibuka untuk anda pengunjung lain membeli cenderahati dibawa pulang.
Manakala di suatu sudut, deretan beca-beca pula menanti anda untuk disewa dan dibawa menyelusuri Bandar Hilir Melaka ini. Insyallah akan saya kongsikan mengenai keistimewaan beca-beca ini di catatan yang lain.
No comments:
Post a Comment