Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

Buat Carian Pantas seperti tempat makan, tips bercuti, strawberry dan sebagainya di sini:

Monday, November 12, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Buah Cinta

Buah Cinta? mungkin ada yang pernah dengar dan ada pula yang menyangkakan jenis ayat atau puisi. Jika anda datang ke Cameron Highlands, anda boleh membeli dan merasainya sendiri.


Kenapa dipanggil buah cinta? Ini kerana rasanya dikatakan mempunyai pelbagai rasa seperti kadang kala anda akan merasainya amat manis, kadangkala pahit dan kadangkala masam.. 

Ianya diibaratkan seperti percintaan yang penuh dengan kemanisan, kepahitan dan rasa yang beradun dalam satu perhubungan... 

Sebenarnya buah cinta ini atau dikenali sebagai passion fruit berasal dari keluarga Passifloracea dan dipercayai berasal dari Negara Brazil. Di Malaysia buah cinta yang berwarna unggu lebih banyak di tanam dan mudah tumbuh kerana sifafnya yang sub tropika. 

Daunya sedikit melebar dengan bewarna hijau terang dan sedikit kekuningan manakala batangnya sederhanan kecil dengan salur akar tunjang. 

Buahnya selalunya terhasil dalam rangkaian tiga atau dua serangkai dan berwarna hijau muda ketika tempoh awalnya sebelum bertukar menjadi unggu ketika matangnya. 


Keratan dalaman buah yang masak akan menemukan biji-biji buah cinta yang padat.

Di Cameron Highlands, anda boleh membeli anak pokoknya dengan harga RM 7-15 sepasu mengikut saiz dan jika ingin membeli buahnya anda boleh membelinya di pasar malam, gerai jualan khasnya di Kea Farm dan persimpangan masuk Ladang Teh Sungei Palas. 


Pokok yang ditanam dan boleh dilihat setakat pemerhatian saya, anda boleh singgah di Stesen Mardi, Straberry Park Resort dan juga Smoke House ( Besar pokoknya). 


Orang kata, kalau anda merasai buah cinta dan mendapati manis rasanya, ini bermaksud percintaan anda diselubungi kemanisan dan kebahagian dan begitulah sebaliknya jika terasa masam...  terpulanglah ... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...