TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, November 5, 2012

Tips Melawat Cameron: Pemanduan yang selamat..

Kena dengan tema 'percutian' bulan ini pastinya lebih sikit berguna jika kita mendapat perjalanan yang sempurna dan selamat. 

Sempurna seperti tiada kerosakan kepada kenderaan, lancar tanpa kesesakan dan juga tersesat arah semasa dalam perjalanan menuju lokasi percutian. 

Selamat pula pastinya terarah kepada tiada kemalangan yang melibatkan diri kita, keluarga serta kenderaan semasa dan selepas percutian. 

Mungkin tips percutian yang melibatkan perjalanan boleh kita rungkaikan secara ringkas sebegini:

Keadaan Kenderaan;


Keadaan kenderaan kita yang akan kita gunakan haruslah dipersiapkan. Siap di sini bermaksud diselenggara dengan baik sebelum bertolak. 

Pastikan selenggaraan yang perlu seperti minyak hitam, air dan keaadaan enjin berada dalam keadaan baik dilakukan terlebih dahulu. 

Jika tidak, jangan persalahkan orang lain jika tiba-tiba percutian anda terencat dengan kerosakan kereta dipertengahan jalan sebelum sampai ke destinasi lagi. 

Sebaiknya pastikan perkakasan asas seperti lampu brek, lampu kenderaan, tayar dan juga wiper hujan berfungsi sempurna. 

Penghawa dingin yang berfungsi juga perlu untuk keselesaan. 

Jika sudah bersedia sekalipun, pastikan kenderaan anda mempunyai cukai jalan dan insuran yang lengkap. Satu lagui elakkan menggunakan kenderaan yang tertanggung hutang di bank. Takut nanti di tengah jalan, ada pula yang menahan dan menarik kereta. Ini pernah berlaku dan dikongsikan oleh pendengar Sinar FM dalam topik kenangan bercuti.

Juga jangan lupa untuk membawa sekali maklumat insuran kenderaan anda seperti bantuan kecemasan jika berlaku secara percuma.

Panduan Perjalanan: 

Juga amat penting kepada anda untuk mendapatkan dan menyediakan panduan perjalanan khasnya pandu arah bagi yang pertama kali ke destinasi tersebut. Kemudahan seperti GPS system sekarang cukup amat membantu.

Bagi yang tiada, dapatkan maklumat arah perjalanan dari Google map untuk mengetahui persimpangan atau exit mana yang perlu dilalui sebelum anda terlajak sampai ke destinasi lain dan akan melewatkan perjalanan anda kelak. 

Pastikan juga jika percutian anda akan bertembung dengan hari cuti umum yang lain, anda perlu bijak merancang perjalanan anda sebaik mungkin mengelakkan kesesakan.

Pemanduan Cermat: 

Amat penting dalam menuju destinasi percutian, anda mengamalkan pemanduan cermat dan berhati-hati ditambah lagi terdapatnya ahli keluarga kesayangan anda bersama. 

Jangan terburu-buru dan mahu menunjukan kepantasan anda kepada ahli keluarga yang lain tambahan lagi bagi mereka yang berkonvoi. 

Patuhi sepanjang masa aturan perjalanan yang ditetapkan dan peraturan di jalan raya.
Percayalah, anda tidak akan rugi mematuhinya. 

Cameron Highlands ketika musim percutian:

Biasanya di musim cuti umum yang singkat seperti dua atau tiga hari yang bersambung dengan cuti hujung minggu atau cuti persekolahan, suasana jalan raya di Cameron Highlands agak sesak terutamnya melibatkan perjalanan beberapa lokasi yang menjadi tumpuan umum seperti :

Perjalanan dari Ringlet ke Kea Farm
1. Bharat Tea ke Tanah Rata: 
2. Tanah Rata ke Brinchang ( selalunya bermula di padang golf).
3. Brinchang ke Kea Farm (Pasar Malam Brinchang ke Arked Peladang)
4. Arked Peladang ke Kea Farm (Kritikal sangat di waktu cuti)
5. Kea Farm Ke Sungai Palas (Kritikal sangat di wakti cuti)

Perjalanan dari arah Kg Raja ke Tanah Rata
1. Tringkap ke Sungai Palas (sangat Kritikal)
2. Sungai Palas ke Kea Farm ( sangat Kritikal)
3. Kea Farm ke Arked Peladang  (kadang-kadang kritikal tetapi di waktu petang sangat kritikal)
4. Arked Peladang ke Brinchang (Sangat-sangat kritikal di waktu petang kerana pasar malam)
5. Memasuki pekan Tanah Rata - waktu-waktu tertentu.

Percayakah anda perjalanan sekitar 20 minit pada hari biasa boleh menjangkau 3-4 jam pada waktu percutian. Jadi pertimbangkan waktu pilihan anda untuk bercuti ke Cameron Highlands pada musim-musim sebegini. 

Jalan pintasan terdapat beberapa laluan tetapi biarlah rahsia untuk kami yang menetap di Cameron Highlands ini gunakan sebagai kelebihan di waktu puncak... 

Mengenai kesihatan pula, saya mengesyorkan jika ada yang mabuk jalan yang berbengkang bengkok, dapatkanlah pil penahan mabuk yang banyak dijual di farmasi. Bayangkan 270 selekoh untuk mendaki ke Cameron Highlands melalui Jalan Pahang dari Tapah sudah pasti mencabar bagi mereka yang tidak pernah menhadapinya. 

Cabaran cuaca pula juga boleh memberi dugaan yang berbeza. Bayangkan anda memandu  sambil menyelit selekoh yang tajam di dalam hujan yang lebat  dan lebih mencabar kadangkala kabus menutupi pemandangan anda. Berhati-hati dan sentiasa bertolak ansur dengan pengguna jalan yang lain. 

Namun, masih terdapat satu lagi yang perlu anda khuatiri iaitu kalau dah melancong seronoknya pasti akan terkenang bila-bila masa dan pastinya menjadi kenangan yang terindah buat anda sekeluarga tetapi jangan terperanjat jika anda mendapat 'tetamu yang tidak diundang' selepas percutian anda iaitu SAMAN EKOR atau kini AES yang heboh diperkatakan... 

Nantikan , catatan mengenai AES yang akan saya muatnaikan secara beberapa siri... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock