Catatan keempat mengenai laluan ke Tanah Tinggi Cameron ini dilengkapi dengan laluan Gua Musang - Lojing - Cameron Highlands. Laluan baru ini dibina sekitar tahun 2000 menghubungkan Negeri Kelantan dan Pahang melalui Daerah Gua Musang.
Kedudukan laluan Gua Musang- Cameron Highlands ke Simpang Pulai atau ke Tapah atau ke Raub atau ke Kuala Lipis dapat anda lihat dari cetakan Google Map ini. Semuanya menghubungi Cameron Highlands. |
Pada tahun 2009, Jajahan Kecil Lojing diwujudkan bagi memisahkan pentadbirannya dengan Jajahan Gua Musang.
Laluan sejauh 121 km ini menghubungkan Gua Musang melalui laluan utaranya sebelum kembali ke arah barat ke Lojing. Laluan ini sama seperti di laluan Simpang Pulai dimana jajaran baru ini melengkapkan perhubungan di antara Negeri Kelantan dan Negeri Pahang dan Negeri Perak.
Laluan ini membelah hutan tebal yang suatu ketika dahulu tiada perhubungan sempurna malahan perkampung orang asli di sepanjang jajaran ini di anggap berada di kawasan pendalaman Kelantan yang sukar dihubungi berbanding kini.
Kini, anda boleh menempuhi beberapa penempatan Orang Asli yang hanya berada di tepi jalan malah Kompleks Pendidikan Pos Brooke juga tersergam indah.
Melalui laluan ini pada hujung minggu mungkin berbeza kerana jumlah kenderaan yang banyak kerana ramai orang Kelantan yang pulang ke kampung menggunakan laluan ini.
Namun seperti laluan Simpang Pulai, anda harus berhati-hati ketika melalui laluan ini diwaktu malam kerana jarak penempatan yang amat jauh dan sewajarnya berkonvoi jika perlu. Permukaan jalan adalah baik tetapi terdapat banyak lokasi yang terlibat dengan mendapan dan cerun runtuh.
Menghampiri Lojing pula anda harus berhati-hati dengan kenderaan berat pekebun sayur malah menjadi isu yang hangat suatu ketika dahulu dimana bahu-bahu jalan dijadikan kawasan simpanan sementara bekalan pertanian mereka.
Bagi mereka yang datang Gua Musang pastikan bekalan petrol anda mencukupi dan Stesen Petronas dan Shell di Gua Musang adalah hentian yang terakhir anda akan temui kelak sebelum sampai ke Cameron Highlands.
Malah jika anda ingin terus ke Ipoh, pastikan jumlah petrol anda mencukupi untuk perjalanan 200 km kerana tiada stesen minyak di antara kedua bandar ini kecuali memasuki Cameron Highlands di Brinchang.
Insyallah gambar laluan ini di beberapa lokasi akan saya muatnaikkan jika bertemu simpanan gambar saya kelak saya kelak.
No comments:
Post a Comment