Catatan ini sekadar berkongsikan mengenai MENARA TINJAU di puncak Gunung Brinchang, setinggi 2000 meter dari paras laut. Menara tinjau ini setinggi 30 meter yang diperbuat daripada besi keluli.
Kemaskini Catatan 2019:
Menara Tinjau Gunung Brinchang ini telah ditutup untuk kunjungan semua kerana kawasan ini telah digazetkan sebagai kawasan keselamatan negara dibawah Majlis Keselamatan Negara.
Sebagai ganti, Menara Tinjau yang baharu dibina di dalam Mossy Forest. Untuk masuk ke sini perlu memiliki atau membayar tiket masuk Mossy Forest terlebih dahulu.
Kemaskini Catatan 2019:
Menara Tinjau Gunung Brinchang ini telah ditutup untuk kunjungan semua kerana kawasan ini telah digazetkan sebagai kawasan keselamatan negara dibawah Majlis Keselamatan Negara.
Sebagai ganti, Menara Tinjau yang baharu dibina di dalam Mossy Forest. Untuk masuk ke sini perlu memiliki atau membayar tiket masuk Mossy Forest terlebih dahulu.
Untuk ke sini, ianya merupakan pelengkap kepada kunjungan anda melalui Ladang Teh Sungei Palas untuk ke puncak gunung ini.
Puncak Gunung Brinchang memiliki keistimewaan kerana ia mempunyai jaringan jalan bertar yang baik untuk dilalui oleh kenderaan ringan dan adalah jalan raya tertinggi di Malaysia.
Ini kerana pembinaan pusat menara telekomunikasi oleh Telekom sejak puluhan tahun yang lalu. Saya tak pasti bila tarikh sebenar TELEKOM membinanya tetapi bapa mertua saya yang merupakan bekas kakitangan TELEKOM, beliau pernah ke sini di awal 1980 an lagi untuk tugasan mereka.
Selain itu , anda boleh singgah di Mossey Forest untuk melihat sendiri dunia flora berlumut di puncak gunung. Uniknya, anda akan sentiasa berada diantara negeri Pahang dan Perak di sepanjang laluan yang telah dinaiktarafkan baru-baru ini dan catatan mengenainya saya muatnaikan juga.
Dari Menara Tinjau ini, anda boleh melihat 360 darjah pemandangan Cameron Highlands dan Perak di mana jelas kelihatan banjaran hijau dan penempatan pekan dan bandar. Pekan Tanah Rata agak terselindung tetapi Pekan Brinchang, Pekan Tringkap , Kea Farm dan Kampung Raja jelas kelihatan.
Malah jika memandang ke sebelah timurnya pula anda boleh nampak Bandaraya Ipoh dan kawasan sekitarnya jika cuaca yang baik dan tidak berkabus. Semasa kunjungan saya ini, badanraya ini terlindung dek kabus biarpun cuaca yang panas.
Di sebelah utara kelihatan puncak Gunung Irau yang berkongsikan sempadan antara kedua negeri ini. Puncak gunung ini merupakan puncak tertinggi di Cameron Highlands yang sering menjadi tarikan kepada pendaki gunung.
Saya pernah memuatnaik catatan mengenai pemandangan dari sini terdahulu. Namun untuk kunjungan kali ini saya memilih waktu tengahari dan cuaca yang amat panas terik untuk melihat pemandangan yang jelas.
No comments:
Post a Comment