Catatan seterusnya mengenai Cameron Highlands saya panjangkan pula ke laluan yang mungkin jarang dilalui oleh pengunjung ke sini kecuali mereka yang menginap di Strawberry Park Resort dan Sri Juliana Chalet ataupun yang menginap di banglo persendirian dan syarikat seperti HSBC.
Jalan yang saya maksudkan adalah Jalan Sultan Abu Bakar yang bermula dari persimpangan di hadapan padang golf sehingga ke Persimpangan Komplek Bilik Sejuk FAMA sejauh 3 km.
Apakah keistimewaan di laluan ini? Sebenarnya laluan ini menghubungkan anda ke resort yang saya maksudkan di atas serta ke banglo-banglo persendirian dan yang paling istimewa adalah Istana KDYM Sultan Pahang.
Mungkin kerana laluan ini menghubungkan kawasan istana, maka kualiti laluan ini amat dijaga rapi dan sementelahan lagi daerah ini merupakan daerah yang amat digemari Tuanku Sultan untuk datang setiap tahun malah kadangkala beberapa kali setahun.
Selain itu juga terdapat beberapa persingahan yang boleh anda lakukan di sini seperti di Kasimanis Strawberry Park dan juga Strawberry Park Resort.
Namun yang masih menjadi misteri utama di laluan ini adalah Moonlight Bangalow yang mana kisah kehilangan misteri Jutawan Sutera Amerika, Jim Thompson yang berlaku pada tahun 26 March 1967 yang mana sehingga kini masih lagi gagal ditemui.
Saya akan membuat catatan mengenai sejarahnya dan sedikit gambar yang saya rakamkan ke banglo yang dimaksudkan semalam.
Berbalik kepada laluan ini, jika anda berbasikal dan ingin berkayuh dalam suasana yang tenang tanpa kesesakan lalulintas dan melihat pemandangan yang menghijau, saya mencadangkan anda melalui laluan ini dengan sedikit pendakian.
Di bahagian utaranya pula terdapat deretan bengkel-bengkel kereta dan pertukangan yang merupakan nadi aktiviti membaiki kenderaan di sini.
No comments:
Post a Comment