Lantana Camara pernah saya kongsikan mengenai bunga ini dalam catatan awal bulan dan anda boleh melihat dan membaca catatannya untuk mengetahui sedikit maklumat mengenainya.
Catatan kedua saya ini mengenainya lebih kepada perkongsian gambar-gambar lantana camara yang saya temui di Cameron Highlands.
Istimewanya, saya menemui beberapa warna bunga ini seperti pink, kuning, unggu dan juga merah jambu.
Sungguh menarik sebenarnya bunga lantana camara ini jika dijadikan hiasan kerana bunganya amat menarik jika serentak berkembang. Pendekkan cerita, anda boleh melihat koleksi bunga lantana camara ini...
Di mana anda boleh merakamkan gambar Lantana Camara ini? Mudah sahaja, anda singgah di Glory 78 , Kedai Steamboat dan Cenderahati yang terletak bersebelahan hotel De La Fern di antara Tanah Rata ke Brinchang dan diseberangnya terdapat pokok ini yang ditanam sebagai pagar kawasan meletak keretanya.
Hampir setahun lebih saya melalui kawasan ini, baharu perasan minggu lalu..
2 comments:
cameron ni tak best bila ramai sangat orang. nak membeli pun jadi leceh.
betul la tu .. bayangkan lebih 5 ribu pelancong berkampung dalam masa cuti yang pendek .. jalan jam... kedai penuh , makan pun kadang2 susah dan yang selalunya... mahal serba serbi...
Post a Comment