TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, November 16, 2012

Info Tani: Pokok Herba Bangun-Bangun

Saya akan menukar tajuk 'Info Tani khusus untuk catatan mengenai tanaman daripada 'Tips Melawat Cameron Highlands' bagi membezakan antara tips melawat dan info pertaniaN biarpun tanaman tersebut ditemui di Cameron Highlands. 

Harapan saya penukaran tajuk ini akan lebih memudahkan anda yang ingin mencari tips melawat Cameron Highlands dan mereka yang inginkan sedikit info tani yang terdapat di sini. 

Sebagai pemulaan saya mulakan dengan koleksi tanaman herba yang saya temui di beberapa tempat dan pastinya Stesen MARDI merupakan sumber utama maklumat-maklumat ini.

Saya terjumpa pokok bangun-bangun yang unik namanya tetapi mungkin jarang dilihat dan ditemui. Mengikut sumber nama lain yang dikenali bagi pokok ini seperti bebangun, pokok ubat batuk, raja bangun, hati-hati hijau dan sedingin.


Ianya dikatakan boleh dimakan sebagai ulam dan juga digunakan sebagai ubat tradisional  malah pucuk mudanya dikatakan boleh dicecah dengan sambal belacan, budu, cencalok  dan rasanya manis, lemak, sedikit pedas dan berangin. 


Dari famili Lamiaceae dan dikenali sebagai plecranthus ambonicus, pokok ini sekadar merenek rendah sehingga boleh tumbuh setinggi 1.2 meter. Bedaun tunggal dan berbentuk bujur meruncing di hujungnya dengan ketebalan sederhana.


Baunya beraroma seperti jintan hitam mengandung air, gula, karbohidrat, serat, mineral, vitamin, alkoloid, musilaj, pilifenol, saponin, glkosida falvonol, vitamain C,B1,B2 , Beta karotin dan banyak sangat kandunganya. 

Boleh melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar, nerawat sembelit, asma, haid yang bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala, sakit perut, batuk dan pelbagai penyakit kulit serta gastrik dan buasir. 

Saya sekadar menaip mengikut maklumat di wikipedia. 

Di Stesen Mardi anda boleh membeli anak pokoknya dengan harga sekitar RM 7 sepasu. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock