TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, November 8, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Buah Tiin

Saya ingin berkongsikan mengenai Buah Tin untuk label pertanian kali ini. Kenapa ? Kerana saya menemui pokoknya di Tanah Rata baru-baru ini. 

Tetapi kalau melihat kepada Pokok Buah Tin ini, saya terimbas kembali ke zaman kanak-kanak saya iaitu ke ladang di mana sepanjang tebing sungai terdapat banyak pokok ara.


Pokok Ara atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai Ficus merupakan genus untuk kira-kira 900 spesies pokok berkayu dalam famili Moraceae. 

Berasal dari seluruh kawasan tropika dan juga segelintir spesisnya juga tumbuh di kawan iklim sederhana yang hangat.


Jika di kebun, saya mendapati ianya bewarna hijau gelap tetapi jika melihatkan kepada beberapa jenis gambar yang ditemui di internet menunjukan ianya juga seperti pokok luruh daun dikawasan yang mempunyai musim kering yang panjang. 

Buah ara yang dikeringkan dipanggil buah Tin sempena nama pokok ara dalam Al-Quran. Terdapat satu surah yang dinamakan surah At-Tiin yang juga menceritakan buah ini. Malah buah ini dikatakan sebagai buah dari Syurga. 

Antara petikan yang saya dapati dari laman web yang lain menyatakan buah tiin mempunyai 1001 rahsia penyembuhan antaranya jika mengambil buah tiin secara konsisten dua kali sehari dan berterusan sehingga 40 hari adalah seperti mampu membersihkan buah pinggang dan merawat buah pinggang yang rosak. 

Ia juga dikatakan mampu mengurangkan kepanasan badan ketika deman selain mampu menyegarkan badan yang lesu. 

Bagi mereka yang mempunyai masalah batu karang, buah tiin juga dikatakan mampu memecahkan batu karang tersebut. Selain itu, memakan buah tiin mampu mengeluarkan toksin dan racun di dalam badan selain meredakan sakit kulit seperti ruam dan panau.


Bagi mereka yang mempunyai penyakit buasir, apa kata anda mencubanya kerana dikatan mampu merawat penyakit ini serta penyakit gout.

Apa-apapun sekarang untuk mendapatkan bekalan buah tiin agak mudah di pasaran berbanding ketika dahulu hanya mengharapkan hadiah dan ole-ole dari mereka yang pulang menunaikan haji. 


Tidak perlu menunggu waktu bulan puasa, kini buah tiin dapat di perolehi sepanjang masa. 

Selamat mencuba dan berusaha....  bertawakal selebihnya... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock