Apa kata anda klik info ini.. saya tak marah ...

Gambar terkini di Facebook mrkumai.blogspot.com

TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, November 16, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Tanaman Epal

Stesen Mardi mempunyai pelbagai tarikan yang berteraskan kepada pertanian khasnya yang menjurus kepada pertanian di tanah tinggi selari dengan kedudukanya di sekitar 1800-2000 meter dari paras laut dan mempunyai iklim seragam sepanjang tahun sekitar 16-24 darjah celcius. 


Banyak catatan yang terdahulu saya kongsikan mengenai Stesen MARDI ini dan untuk kali ini saya ingin berkongsikan mengenai plot tanaman ujian mereka dengan tanaman Epal.

Epal ataupun Malus domestica merupakan tanaman temperate yang memerlukan iklim sederhana dengan masa dorman sejuk kurang dari 7 darjah celcius melebihi 1000 jam setahun bagi meransang bunga.

Di kawasan tropika cantasan dahan, meluruhkan daun dan melenturkan dahan perlu dilakukan beserta semburan hormon Dormex 3% untuk mengalakan mengeluarkan hasil. 


Kawasan tanah tinggi melebihi ketinggian 800 meter dari paras laut sesuai untuk tanaman varieti epal yang memerlukan masa dorman yang singkat iaitu sekitar 300 jam seperti Anna, Granny, Smith dan Rome Beauty.

Selepas 3 tahun , semua daun akan diluruhkan. Daun baru dan bunga akan keluar selepas 2-4 minggu. Ini penting untuk dilakukan demi mengalakkan pengelruan bunga dalam musim kurang hujang bagi tanaman terbuka. 

Buah akan terhasil dan matang selepas 125 hari dari ianya berbunga dan kutipan hasil boleh dilakukan untuk dua kali musim tuaian. 


Di Stesen Mardi, anda boleh melihat plot tanaman epal dengan dua kawalan ujikaji iaitu di dalam rumah plastik dan di luar rumah plastik dan antara variety yang ditanam adalah dari jenis janaplasma. Saya merakamkan epal ini yang ditanam di kawasan terbuka. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 CATATAN TERKINI:

KOLEKSI CATATAN: