Jika melawat Camron Highlands, antara bunga yang mudah menarik perhatian anda adalah bunga matahari tetapi percayalah, sedikit benar yang memilih untuk membelinya pula. Bak kata orang sekadar tertarik pandangan pertama.
Apapun bunga matahari ataupun nama saintifiknya Helanthus annuus merupakan pokok semusim yang pendek. Saya pernah menanam pokok ini sebagai pokok hiasan semasa berada di Port Dickson dan di Kuala Selangor suatu masa dahulu.
Menanam pokok yang berada dalam famili Asteraceae ini tidak sukar sangat kerana sifatnya yang mudah sangat hidup. Saya dahulu sekadar menanamnya di atas batas tanah yang digemburkan dan biji benihnya pula di ambil dari rumah rakan yang juga menanamnya.
Hasilnya dalam tempoh seminggu dua, pokok ini bercambah dan mulai tumbuh dengan suburnya dengan syarat air disiram setiap hari. Namun bilamana bunganya berkembang yang agak besar melebih 20 cm hingga sekaki, tempoh hayatnya agak singkat sekitar 2 hingga 3 bulan.
Untuk mendapatkan bunga yang lain, saya menanamnya dengan banyak di depan rumah. Jangan tunggu dah habis gugur baru menanamnya semula.
Di Cameron Highlands, saya mendapati bunga ini juga di jual sebagai keratan batang tetapi jumlahnya amat kecil. Jika ingin membeli anak pokoknya atau benihnya anda boleh ke mana-mana nurseri semaian dan juga Stesen Mardi.
Gambar yang saya kongsikan ini dirakamkan di stesen Mardi di Tanah Rata. Pokoknya ada yang melebihi ketinggian saya. Kelopak bunganya ada yang bersaiz besar dan kecil manakala daunnya lebar sedikit dan berbulu halus dihujungnya.
Batangnya bukan dari dikotiledon tetapi lebih kepada monotikoledon yang rapuh. Di Amerika bunga matahari merupakan tanaman industri utama yang diusahakan dalam skala yang amat besar dengan tujuan membuat minyak sayuran melalui bunganya yang kita kenali sebagai minyak bunga matahari (Sunflower Oil).
Maka jika musim pengeluarannya anda akan melihat hamparan bunga matahari yang seolah-olah tiada berpenghujung bak kata pepatah, sayup mata memandangnya.
Ianya mampu ditanam sebegitu kerana rupabentuk mukabumi di sana yang sesuai untuk pengeluaran besar-besaran dan juga permintaan yang tinggi berbanding dengan negara kita yang lebih kepada minyak kelapa sawit.
No comments:
Post a Comment