Saya tertarik dengan perkongsian oleh Saudara Yusoff yang memberi dan berkongsi maklumat pengusaha tanaman dan kiosk strawberry Melayu di Cameron Highlands.
Ada 8 orang pengusaha Strawberry Melayu di Cameron Highlands dengan lokasi utama adalah di Kampung Taman Sedia.
Mereka juga memiliki kiosk agrotourism berkonsepkan strawberry baik buah yang segar, Produk hiliran sehinggalah kepada makanan.
Yang pasti semuanya halal dengan diproses sendiri dan dijual sendiri.
Yang pasti tiada isu was-was mengenai kesucian produk yang dihasilkan oleh mereka.
Yang pasti harganya sama berpatutan jika dibandingkan dengan pengusaha strawberry yang lain di sekitar Cameron Highlands.
Jadi, kenapa tidak anda jadikan pilihan utama untuk menikmati produk strawberry di sini?
Kunjungi mereka....
* saya suka gunakan Melayu berbanding bumiputera kerana lebih dekat dan jelas dan jangan malu dan takut untuk mengakui Melayu.
Masakan dipanggil rasis untuk mengaku Melayu...
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment