Akan berlangsung Kejohanan Piala Naib Presiden Tenaga Nasional Berhad di Cameron Highlands.
Yang saya nak kongsikan adalah buat julung kalinya dapat kami saksikan bagaimana pertandingan yang menggunakan padang bolasepak yang dinaik taraf dan dikatakan bernilai dua juta ringgit.
Namun melihat permukaan padang selepas hujan, saya merasa sangsi apakah ianya berbaloi dengan kos naik taraf yang telah dijalankan.
Saya tak berani nak komen lebih kerana ramai sudah pakar yang terlibat dalam projek ini.
Kepada pemain-pemain TNB, selamat beraksi biarpun dalam keadaan padang yang bergenang air namun nikmati suasana nyaman dan sejuk serta bayangkan anda bermain di luar negara.
Kepada penduduk tempatan, jom kita tengok aksi dari luar ini dan melihat susun atur dipasang di Padang MDCH ini, nampaknya agak professional dan teratur.
Jom kita.... Insyallah akan saya updatekan jika sempat singgah ke sana...
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment