TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, August 23, 2015

Kayuhan Halal Fun ride 2015 @ Putrajaya


‎Cameron Riders turut sama menyertai Kayuhan Santai Halal anjuran JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) pada 22 Ogos 2015.


Kayuhan yang berlatarkan bangunan moden dan keunikan susun atur serta rekabentuk bangunan di pusat pentadbiran Malaysia, Putrajaya, ternyata mengembirkan 8 ahli Cameron Rider yang melakukan kayuhan ini‎.


Maklumlah selalunya kayuhan mereka hanya melibatkan kayuhan di trek ladang teh, kebun sayur dan bukit bukau, tetapu kali ini ternyata berbeza yakni di hutan bandar.


Apapun penganjuran berjalan lancar dan kata Joe yang merupakan salah seorang wakil kami, inilah kali pertama di penamat peserta boleh menikmati kopi yang disumbangkan oleh Starbucks dan dibenarkan berulang kali pula mengisi semula biarpun beratur panjang.  


Seperkara lagi, dengan hanya yuran penyertaan sebanyak 20 ringgit seorang tetapi dibekalkan t shirt yang berkualiti dan serta cenderahati dalam bag goodies memang berbaloi biarpun terpaksa menempuh perjalanan pergi sejauh 270 km dari daerah tanah tinggi ini. 

Terbaik!!!!! Termurah!!!

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock