Saya melihat dan memahami secara ringkas bahawa pergerakan komunis ini berkembang di zaman pendudukan Jepun.
Kenapa?
Dari pemahaman saya, Jepun memusuhi Orang Cina ekoran dari Perang Cina - Jepun dan ini menyebabkan ketika mereka menjajah Malaya, mereka akan membunuh masyarakat Cina yang ditemui.
Kedua, British sendiri yang terdesak kerana kekuatan Jepun melebihi persediaan mereka ketika itu. Maka gerakan gerila dan bawah tanah disokong oleh mereka dengan membekalkan senjata api dan juga kelengkapan bertempur.
Ketiga : Komunis merasakan mereka harus diiktiraf sebagai pemerintah walhal semasa pendudukan Jepun mereka tidaklah ke depan memerangi Jepun sebaliknya lebih banyak di dalam hutan melarikan diri. Namun sebaik sahaja Jepun menyerah kalah selepas bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika, Komunis merakan mereka adalah pemerintah baharu.
15 hari yang terluang selepas penyerahan Jepun menunjukan sendiri wajah sebenar Komunis kepada masyarakat.
Selebihnya anda ulas sendiri. Saya sekadar membaca beberapa artikel dan membuat rumusan sebegini.
Sumber ; FB VAT 69.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment