Semalam saya menonton Majalah 3 di TV3 mengenai guru-guru yang berkhidmat di pendalaman di Sarawak.
Juga mengenai kisah cikgu-cikgu yang memang berasal dari kawasan pendalaman yang mendapat peluang menjadi guru dan kembali berbakti di kawasan masing-masing.
Saya terus teringat akan guru-guru saya di SK Felda Kumai yang suatu masa dahulu juga di kira pendalaman kerana kemudahan yang ada amat terhad dan suasana penempatan yang sangat serba kekurangan sama seperti peneroka yang lain.
Bergelap di malam hari, berdebu di tengah hari, paip ada air tak ada dan pelbagai lagi sama seperti kami.
Namun semua ini tidak melemahkan semangat mereka malah mereka dapat mengadaptasikan kehidupan mereka dengan masyarakat setempat.
Jasa mereka tetap akan dikenang!
Terima kasih Cikgu...
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment