Saya dah lama tak singgah di Cameron Valley Tea Centre milik Bharat Tea Plantation di Kuala Terla.
Tiada apa yang berbeza kecuali sudah ada tambahan lanskap dihadapan iaitu pancuran air dari Cawan Gergasi.
Selain itu terdapat juga perkhidmatan aktiviti tambahan di sana iaitu ATV Ride dan juga 4x4 Safari di kawasan ladang teh ini.
Sesuatu yang patut dicuba dan saya akan kongsikan mengenainya dalam catatan seterusnya.
Hentian Tea ini adalah hentian yang sewajarnya anda pilih setelah 70 km memandu dari arah Simpang Pulai Ipoh untuk berehat sebentar menikmati teh dan juga melancong di ikonik Cameron Highlands iaitu salah ladang tehnya.
Juga yang pentingnya kemudahan tandas yang selesa dan juga surau untuk menunaikan solat.
Selamat singgah ...
Saya kongsikan gambar yang selebihnya di sana minggu lepas...
These pictures were sent with Picasa, from Google.
Try it out here: http://picasa.google.com/
No comments:
Post a Comment