Tinjauan ringkas saya semalam ke Kea Farm mendapati harga jagung masih lagi sama seperti dua minggu lepas.
Yang muskhilnya, ada yang dijual RM 1 sebatang bagi gred AA yang selalunya berharga RM 2 sebatang.
Lebih memeningkan persoalan adakah ianya asli dari Cameron Highlands kerana saya melihat banyak stok jagung diletakkan di gerai.
Juga akan dipromosi adalah jagung susu dan jagung madu.
Saya me nasihat kan anda membeli jagung mutiara asli yang ditanam di Cameron Highlands dan biasanya dijual agak mahal berbanding dengan jagung biasa.
Adat bagi peniaga menyatakan semua jagung Cameron Highlands dan saya tidak mahu komen keasliaan kerana tidak mahir dan arif dengan perbezaan tersebut.
Jagung yang dibeli boleh dihukum dan dibakar dalam tempoh kurang 5 minit sahaja untuk merasai kemanisannya.
Jangan direbus jagung Cameron Highlands .
Selamat membeli jagung... Harap-harap asli...
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment