Ini bukan koleksi baharu yang saya nak kongsikan kerana pernah saya kongsikan dalam tajuk tempt menarik untuk bergambar di Cameron Highlands.
Cuma kali ini saya nak fokuskan kawasan replika buah-buahan gergasi ini yang terletak di Tanah Rata bersebelahan dengan Stesen Bas ( Terminal Fressia) selalunya menjadi pilihan untuk pengunjung berkelah memandangkan kawasannya yang redup dengan pokok, berumput dan permukaan yang landai serta di tepi laluan utama
Replika buah-buahan dan sayurannya pula menjadi tarikan untuk mengambil gambar kenangan dan untuk kanak-kanak menjadi kawasan permainan sementelahan lagi Taman Pertabalan masih ditutup untuk kerja naik taraf.
Jika berada di sini saya pasti anda tidak akan mengikut peraturan yang sedia ada iaitu pagar replika ini pasti dilangkah untuk berada dekat dengan replika bagi tujuan bergambar.
Manakala bagi anak-anak anda pula, mereka akan memanjat replika ini untuk meniti dari satu bentuk ke bentuk yang lain dan jika ini dilakukan oleh anak-anak anda, ianya adalah aktiviti wajib di sini.
Maka terima sahajalah keterujaan mereka namun harus diutamakan keselamatan mereka ketika bermain di sini.
Bagi yang berkelah, mohon bertimbang rasa dengan mengemas kawasan perkelahan anda dan jika ada sampah, sila buang ke tempat yang sepatutnya kerana ada pengguna lain yang ingin menggunakan perkhidmatan di sini selepas anda.
Jangan menjadi beruk yang diberi bunga ya.... tidak tahu menghargai.... saya perasan salah seorang penduduk Cameron Highlands yang berkunjung pada pagi ahad yang lalu yakni sehari sebelum saya telah ke sana telah berkongsikan kekecewaanya melihat meja dan bangku tempat makan sangat kotor dengan sampah pembungkus makanan yang tidak dibuang dan dibiarkan bersepah.
Biasanya kami penduduk tempatan akan mencari sudut santai di awal pagi untuk bersarapan dan membaca suratkhabar di samping anak-anak juga bermain.
Jika anda telah berkongsi menggunakan kemudahan ini, maka hargailah ia. Jangan jadi beruk tau ...
Saya boleh anda pertimbangkan untuk ke sini sekejab.... Bukan yang terlalu menarik... Tetapi bolehlah..
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment