TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, August 28, 2015

Merdeka : Saya sebagai gerila komunis....


BENDERA mpaja dikenali sebagai Bintang Tiga yang kononnya mewakili tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India. Bintang Tiga adalah nama lain untuk pengganas komunis.
PENGLIBATAN bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Musa Ahmad dalam kegiatan subversif menentang kerajaan British di Tanah Melayu berlaku tanpa diduga.
Musa yang ketika itu pernah mengetuai Parti Nasionalis Malaya (MNP) sedar bahawa perjuangan untuk menuntut kemerdekaan perlu dilakukan dengan pengorbanan.
Mulai awal 1948, PKM mula menggerakkan anggotanya untuk melakukan pemberontakan bersenjata.
Abdullah CD, yang merupakan orang kepercayaan Chin Peng, sewaktu bertemu dengan Musa di pejabat 'Demokrat' telah mengarahkannya untuk pergi ke Temerloh dan beliau dimaklumkan oleh Abdullah CD di sana Musa akan dibantu oleh seorang yang dikenali sebagai Kamaruzaman Teh, yang merupakan pemimpin Angkatan Pemuda Insaf (API).
Situasi ketika itu dikatakan amat kritikal apabila Musa dimaklumkan bahawa kerajaan Tanah Melayu sedang memburu pengganas yang dikesan cuba melakukan pemberontakan bersenjata.
Abdullah CD kemudian bersama Rashid Mydin juga anggota API, dan Shamsiah Fakeh, dua orang pemimpin Melayu PKM tiba di Temerloh dan mengadakan pertemuan dengan Musa dan Kamaruzaman bagi membincangkan langkah yang perlu diambil.
Sewaktu di Temerloh juga, Musa melangsungkan perkahwinannya dengan Zainab Mahmud hasil bantuan Ibrahim Chik di sebuah masjid di Lubuk Kawah. Isteri Ibrahim Chik, Rahmah @ Julia adalah kawan karib Zainab.
Shamsiah, pula yang baru berpisah dengan pengasas API, Ahmad Boestamam kemudian mendirikan rumahtangga dengan pengasas Pembela Tanah Ayer (Peta), Wahi Annuar, pada waktu yang hampir sama, juga di Lubuk Kawah.
PKM kemudian menubuhkan kem latihan tentera di sebuah hutan yang terletak kira-kira 40 minit berjalan kaki dari Lubuk Kawah. Terdapat tiga buah pondok, dua daripadanya digunakan untuk tempat tidur dan dapur.
Sebanyak 30 anggota PKM menjalani latihan secara rahsia di situ, diketuai oleh Chong Chin Nam (menggunakan nama Melayu Haji Hashim) dan dibantu oleh Abdullah CD, Kamaruzaman Teh dan Hong Ngee.
Sepanjang latihan di situ, Chin Nam mengaku dia merupakan wakil daripada PKM dan berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris, manakala Musa dan Kamaruzaman sering menjadi jurubahasa kepada komunis Melayu lain.
Chin Nam menekankan aspek bahawa perjuangan mereka perlu berlandaskan kepada pemberontakan secara gerila, namun dia meminta supaya mereka tidak digelar sebagai komunis, sebaliknya orang Melayu perlu diberitahu bahawa perjuangan mereka adalah untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah British.
Selain ceramah, semua anggota komunis yang menyertai latihan selama dua minggu di situ diberi tunjuk ajar cara menggunakan pelbagai jenis senjata api yang dibekalkan oleh Hong Ngee.
Antara senjata yang digunakan dalam latihan di situ adalah tujuh laras raifal, dua 'tommy-gun' dan pistol dan lima butir bom tangan.
PKM menghadapi tekanan kuat daripada pasukan keselamatan selepas darurat diisytiharkan pada 21 Jun 1948. Ekoran itu PKM telah menyusun strategi baru iaitu mengadakan satu pertemuan sulit di hutan Kerdau, Temerloh.
Sebulan sebelum itu, PKM menubuhkan Rejimen Ke-10 terdiri daripada pengganas komunis Melayu, hasil pertemuan sulit antara Chin Peng dan beberapa pemimpin Melayu di hutan Kerdau pada 21 Mei 1949.
Rejimen Ke-10 terlibat dalam pertempuran pertama dengan dua platun tentera Australia dalam pertempuran di Bukit Chempedak pada 8 Julai 1949. Dilaporkan 14 anggota keselamatan terbunuh dalam pertempuran itu.
Pasukan komunis kemudian menyerang hendap tiga kenderaan konvoi polis dan tentera di Jalan Chenor pada 5 Ogos 1949. Seramai 11 anggota keselamatan terbunuh.
Pada penghujung 1949, Chin Peng sekali lagi mengadakan pertemuan di Kerdau bagi membincangkan mengenai strategi baru termasuk arahan Chin Peng supaya semua rejimen dalam PKM bergerak ke liberated area atau kawasan yang dibebaskan; dan berpecah, dan tempat yang dicadangkan adalah Gua Musang, ekoran tekanan daripada pasukan keselamatan ketika itu.
Sebahagian daripada pengikut PKM bergerak ke Bukit Kuin, menuju ke Gong seterusnya ke Padang Piol dan berlaku serangan hendap pasukan keselamatan menyebabkan kumpulan itu berpecah.
Kumpulan komunis itu bergerak ke Mentakab, Mempateh, Bentong dan ke Jerkoh, Kuala Lipis.
PKM kemudian meneruskan kemaraan mereka ke Gunung Kerbau dan seterusnya ke Hutan Belum, Perak sebelum tiba di Kampung Hala dan Kajang, Tanjung Mas di wilayah Narathiwat, Thailand untuk berlindung daripada serangan pihak keselamatan negara.
Ekoran tekanan daripada pasukan keselamatan, Rejimen Ke-10 PKM memutuskan untuk berpecah kepada dua kumpulan, satu kumpulan di bawah Abdullah CD dan satu kumpulan lagi di bawah Wahi Annuar dan Musa.
Kumpulan Musa terdiri daripada 50 pengganas komunis terpaksa berpatah balik ke Temerloh setelah kumpulan mereka diserang pasukan keselamatan, manakala kumpulan yang diketuai Annuar Wahi terus bertahan di Padang aPiol dengan membawa anggota PKM seramai 20 oran



Artikel Penuh:  Klik
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock