TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, August 26, 2015

Merdeka !!! Kisah Sedih Bukit Kepong Masih Dalam Ingatan Jamilah

Kisah Sedih Bukit Kepong Masih Dalam Ingatan Jamilah
(Diceritakan olih Jamilah Abu Bakar, anak perempuan Allahyarham Koperal Abu Bakar Daud, salah seorang anggota polis yang cedera parah dalam serangan komunis di Bukit Kepong, 61 tahun lalu).


PAGOH: Setiap kali datangnya tarikh keramat 23 Februari, ingatan tragedi Bukit Kepong yang mengorbankan ibu dan adik tetap segar dalam lipatan sejarah seorang warga emas dari Bandar Baharu Uda, Johor Baharu.
Walaupun telah 65 tahun tragedi itu berlaku, bagi Jamilah Abu Bakar, 69, ia diibarat seperti baharu semalam berlaku dan kenangan pahit itu tidak akan dilupakannya selagi hayat dikandung badan.
Jamilah Abu Bakar yang ketika itu baru berusia empat tahun dan melihat sendiri bapanya ditembak bertubi-tubi.
Dalam tragedi itu, bapanya Koperal Abu Bakar Daud cedera parah apabila dadanya ditembusi peluru komunis manakala ibunya Fatimah Yaaba dan adiknya Hussin yang berumur dua tahun mati dalam keadaan berpelukan akibat ditembak komunis.
“ Saya juga melihat ibu, Fatimah Ya’aba, mengambil alih mengangkat senjata sehingga dia terbunuh ketika berbalas tembakan dengan komunis. Adik lelaki saya berusia dua tahun juga mati tertembak” katanya.
Jamilah yang sesekali menyeka air matanya berkata ketika itu dia baru berumur empat tahun dan masih mengingati kejadian menyayat hati itu dan juga daripada apa yang diceritakan oleh bapanya.
Wanita itu menceritakan kisah sedih itu kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Pesara Polis Diraja Malaysia bersempena Peringatan Hari Polis Ke-208 di Kompleks Galeri Darurat Bukit Kepong di sini, Isnin.
Pada 23 Feb 1950, kira-kira pukul 5 pagi itu, Balai Polis Bukit Kepong di sini diserang segerombolan kira-kira 200 pengganas komunis semasa darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.
Serangan pengganas komunis itu telah mengorbankan 14 anggota polis, empat isteri anggota polis, seorang anak polis dan enam polis bantuan (AP).
"Saya lihat bapa saya tersandar di dinding kerana tembakan itu manakala ibu dan adik mati berpelukan dan keadaan ketika itu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata akibat serangan komunis," katanya.
Jamilah berkata dirinya kemudian diheret ke sebuah parit di luar balai polis dan nyawanya ketika itu diibarat seperti `telur di hujung tanduk' apabila seorang komunis cuba untuk membunuhnya dengan benet.
"Alhamdulillah ketika nyawa hampir melayang kebetulan masa itu ada orang datang memberi bantuan," katanya dan menurutnya ketika diheret dia hanya mampu menangis dan meraung sekuat hati.
Katanya, selepas diselamatkan daripada menjadi mangsa tikaman komunis, dia bersama-sama penghuni berek lain yang terselamat dikurung di sebuah kedai runcit, dan semasa itu dia turut terkena peluru sesat di bahagian tangan kirinya.
Jamilah berkata, semasa kejadian bapanya berusia 35 tahun dan walaupun mengalami cedera parah tetapi diberikan umur yang panjang, selain seorang lagi adiknya, Hassan, iaitu kembar Hussin, juga terselamat tetapi mereka terpisah selepas kejadian tersebut.
"Adik saya Hassan pun sudah ditemukan semula," katanya yang berkeluarga dan dikurniakan enam cahaya mata.
Jamilah berkata, selepas peristiwa itu dia mengalami trauma manakala bapanya banyak termenung dan kurang bercakap, mereka kemudiannya berpindah ke Tanjung Surat sebelum bapanya menamatkan perkhidmatan di Johor Baharu.
Bapanya meninggal dunia pada 1979 akibat penyakit barah.
Wanita itu juga berpesan kepada generasi muda agar mengenang kembali tragedi itu dan mempertahankan negara daripada diceroboh dan digugat keamanan yang dikecapi kini.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam perutusan yang dibacakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata semua pihak harus mengenang peristiwa itu yang akan terus membakar semangat juang untuk mempertahankan setiap inci bumi negara.
"Sesungguhnya kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil pengorbanan jiwa dan raga wira-wira negara yang terdahulu," katanya.
Sumber.

1 comment:

MR JAME said...

TAWARAN PINJAMAN SEGERA DALAM 1 JAM PEMINDAHAN PERBANKAN DALAM TALIAN TERMOHON DENGAN KAMI

Adakah anda memerlukan Pinjaman?
Adakah anda sedang mencari Kewangan?
Adakah anda sedang mencari Pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda?
Saya rasa anda telah datang ke tempat yang betul.
Kami menawarkan Pinjaman pada kadar faedah yang rendah.
Orang yang berminat sila hubungi kami di
Untuk maklum balas segera kepada permohonan anda, Sila
balas e-mel di bawah ini sahaja.
Whats-app +918256953815
mrwilliam751@gmail.com
Sila berikan kami maklumat berikut jika berminat.

1) Nama Penuh:………
2) Jantina: ………
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:………
4) Tempoh Pinjaman:………
5) Negara:………
6) Alamat Rumah:………
7) Nombor Telefon Bimbit:………
8)Pendapatan Bulanan: ………………………
9) Pekerjaan:………………………………
)Tapak manakah yang anda lakukan di sini tentang kami…………………

Terima kasih dan salam mesra.
mrwilliam751@gmail.com
+918256953815

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock