Petang-petang sebegini, dalam keadaan berkabus dan angin kuat menderu di luar rumah di Cameron Highlands, saya mengisi ruang waktu melayan FB saya dan terlintas pula untuk mencari rakan-rakan dari Felda Kumai.
Namun yang saya temui adalah laman FB SK Felda Kumai dan tentunya seronok melihat dan dapat mengikuti perkembangan serta aktiviti terkini Sekolah Kebangsaan LKTP Felda Kumai.
Tempat jatuh lagi dikenang... Ini kan pula tempat mulai mengenal abc,123, mengira, membaca dan semuanya....
Bukan sedikit juga kenangan dan persahabatan yang terjalin di laman sekolah ini yang kekal dikenang sehingga kini.
Malah bukan juga seorang dua yang berjaya membina kerjaya yang hebat dan jika tidak bernasib baik masih akan tetap mengenang jasa warga sekolah ini khasnya guru-guru yang biasa tetapi jasanya amat luarbiasa.
Jadi kepada rakan-rakan sefelda, jaldilah rakan SK Felda Kumai di Facebook.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment