TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, August 4, 2015

Kayuhan Simpang Pulai - Cameron Highlands - Simpang Pulai

Tour To Cameron telah dilangsungkan pada 1 dan 2 Ogos 2015 yang lalu melibatkan kayuhan pergi dan balik bermula dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands sebelum berkayuh semula untuk kembali ke Simpang Pulai keesokan harinya. 


Kayuhan santai melibatkan beberapa buah kelab berbasikal iaitu Cameron Riders, GKGCT dan juga PPDSU ini bukanlah santai sangat jika dilihat dari aras pendakian yang bermula dari aras sekitar 200 meter dari paras laut sehingga 2,200 meter di kemuncaknya di Cameron Highlands. 


Dengan jarak sejauh 84 km sehala, cabaran utamanya adalah kayuhan pendakian hampir 70% laluan ini dan benar-benar menuntut kecekalan dan tahap stamina yang tinggi. 


Saya sempat menyertai para riders tegar ini dengan menyambut ketibaan mereka di Sempadan Negeri Pahang Dan Perak dan saya kongsikan sedikit gambar bagi jarak tersebut dan selebihnya di dalam album Picasa Web saya di sini. Klik.


Walaupun kayuhan mereka kadang kala dalam hujan dan gerimis dan berkabus di sesetengah kawasan mereka tetap meneruskan kayuhan untuk sampai di Brinchang sebagai penamat hari pertama dengan kelompok pertama sampai seawal 1 petang terutamanya bagi rider Road Bike.


Ternyata kepenatan mereka berbaloi kerana dijamu steamboat pada waktu petang bagi acara memanaskan badan dan mengendurkan urat yang tegang hasil kayuhan pagi.


Bagi Cameron Riders, kesempatan menyertai kayuhan bersama rakan-rakan riders dari kelab yang berada di bawah amat mengujakan terutamanya bila aksi stamina untuk mendaki di 18 km terakhir dari Kampung Raja yang sepatutnya menjadi santapan mereka.


Namun ianya tidak semudah disangka kerana pendakian awal di laluan Simpang Pulai memberi kesan permulaan kepada kecergasan mereka.


Manakala bagi rider kelab dari bawah, laluan pendakian di zon terakhir ini pula amat mencabar kerana selekoh yang pendek dan pendakian tanpa henti berbanding di zon pendakian di Simpang Pulai yang lebih panjang dan perlahan untuk didaki.


Apapun, Cameron Riders mengucapkan Tahniah kepada semua Riders walaupun ada yang tertewas dek kepenatan dan terpaksa menaiki lori untuk ke lokasi penamat kerana anda telah berjaya sebenarnya bila menyahut cabaran untuk turut melakukan kayuhan santai yang tak beberapa santai ini.


Tahniah... Kepada penganjur bersama... riders dan pasukan sokongan !!!!






























Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock