TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, August 28, 2015

Merdeka : Tiga pengganas komunis mati

SYED Zainal Abideen Al Sagoff menunjukkan cetakan akhbar mengenai kejayaan pasukannya menembak mati tiga pengganas komunis dalam Ops Bamboo pada tahun 1977 ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
SETIAP kali menonton rancangan prakemerdekaan, ingatan Syed Zainal Abideen Al Sagoff, 75, akan kembali ke zaman beliau berkhidmat dalam pasukan Senoi Praaq.
Mencerita kenangan yang tidak dilupakan itu, bekas Pegawai Pemerintah Batalion ke-20 Pasukan Polis Hutan (Senoi Praaq) itu berkata, beliau mula mendekatkan diri dengan Orang Asli dan kehidupan di hutan pada tahun 1956 ketika menjawat jawatan sebagai Pegawai Lapangan di bawah Jabatan Orang Asli.
Setahun berkhidmat, beliau menceburkan diri dalam pasukan Senoi Praaq sebagai anggota yang bertanggungjawab memerangi kumpulan pemberontak Parti Komunis Malaya (PKM).
Sepanjang perkhidmatannya bermula pada 1957 hingga 1992 sebagai pegawai pasukan Senoi Praaq, kenangan yang tidak dilupakan adalah kejayaan skuadron yang diketuainya mematahkan satu kumpulan pengganas komunis di Terhong, Hulu Perak.
Menurutnya, operasi menggempur kumpulan 20 anggota komunis itu dijalankan selepas beliau mendapat maklumat daripada seorang penduduk Orang Asli.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diberikan, kumpulan pengganas tersebut sedang berehat di satu kawasan lembah di hutan dan dijangka bergerak meninggalkan lokasi berkenaan dalam masa beberapa hari.
"Berdasarkan maklumat itu, kami mula bergerak dari kem di Gerik pada 13 Disember 1977 dengan menaiki helikopter menuju ke Terhong, tiba di situ kami berjalan masuk ke dalam hutan sepanjang malam.
"Pada awal pagi 14 Disember, kami berjaya mendekati kawasan yang dihuni oleh pengganas itu dan saya menghantar beberapa anggota membuat intipan untuk mengetahui lokasi tepat musuh dan mengira jumlah mereka," katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun usaha menyerang hendap kumpulan komunis yang berjaya ditemui ketika itu agak sukar kerana lokasi persembunyian yang berpengawal itu terletak jauh di bawah lembah.
Berbekalkan perancangan rapi, keseluruhan skuadron berjaya mengepung separuh daripada kawasan musuh dan bersedia untuk menyerang.
"Ketika menunggu di cerun bukit itu, saya yang berada dalam mencangkung terpaksa berpaut pada umbi pokok rotan supaya tidak tergelongsor jatuh. Tanpa disedari tangan saya ketika itu penuh dengan duri rotan.
"Terasa duri-duri itu menyucuk masuk ke dalam tapak tangan, tetapi sebagai ketua operasi saya tidak dapat menghiraukan kesakitan itu kerana perlu menyelesaikan tugas yang lebih besar," ujarnya.
Menurut Syed Zainal, selepas menyedari kumpulan pengganas komunis terbabit bersiap sedia untuk meninggalkan kem itu, beliau dan anggota skuadron memulakan serangan sehingga tercetusnya pertempuran pada awal pagi itu.
Setelah 15 minit berbalas tembakan, serangan daripada pengganas komunis mula beransur perlahan kerana sebilangan besar daripada mereka bertindak melarikan diri.
Hasil daripada pemeriksaan di tempat kejadian, tiga anggota kumpulan komunis yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun ditemui mati terkena tembakan.
Selain itu, sebanyak 19 senjata, jerangkap samar, bom dan alatan komunikasi ditemui di kawasan kem sementara itu.
Syed Zainal menyambung, kejayaan yang dikecapi oleh pasukannya bukan sahaja memberi semangat baru kepada anggota skuadron sebaliknya kejayaan itu dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia.
Kisah kejayaan pasukan tersebut turut menjadi paparan muka depan akhbar tempatan pada 15 Disember 1977 termasuk Utusan Malaysia.
Bagi Syed Zainal sebagai Pegawai Pemerintah paling lama dalam Ops Bambo, kejayaan itu menjadi satu tamparan hebat kepada pengganas komunis dan menambah semangat anggota-anggota keselamatan yang bertugas di hutan.
Selepas 35 tahun berlalu, pengalaman bertempur dan menjadi orang tengah kepada 10 orang pengganas komunis yang mahu menyerah diri kekal sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh beliau sehingga ke hari in

Artikel Penuh: KLIK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock