Hujung minggu ini adalah Cuti Tahun Baru Cina dan biasalah cuti panjang sehingga hari Selasa dan ada yang ke hari Khamis.
Dan seperti biasa Cameron Highlands akan sesak untuk tempoh tersebut.
Jadi saya nak berkongsikan beberapa tips untuk anda yang nak ke sini semasa cuti TBC ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya sahaja...
Tips 1: Jangan datang bercuti ketika tempoh cuti ini.... jika boleh dilakukan diwaktu minggu biasa untuk pastikan bukan bercuti atas kereta kerana kesesakan.
Tips 2 : Jika nak jugak datang , buat perancangan yang rapi seperti telah menempah terlebih awal bilik pengenapan, apartment atau hotel. Jangan main terjah sahaja.. rugi kalau tak dapat dan rugi masa mencari penginapan sehingga ada yang tak dapat..
Saya selalu jumpa pelancong tidur dalam kereta kerana tidak mendapat tempat penginapan atau tempat penginapan terlalu mahal sehingga RM 450 semalam berbanding hanya RM 250 semalam di musim biasa.
Malah ada yang tidur di masjid dan surau...
Tips 3: Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Kalau belum servis baiklah servis. Kalau sudah ada tanda-tanda clucth berbau atau break pad dah nipis, pastikan anda menukarnya terlebih dahulu.
Lebih mudah menukar dan membaiki di bawah sana dan lebih murah dan anda tidak akan bercuti di workshop di Cameron Highlands.
Malah sukar dan agak mahal untuk mendapatkan barang ganti di sini.
Tips 4 : Pastikan duit cukup... sebab barang dan makan akan serba serbi mahal. Kalau ada yang duduk apartment tu boleh bawak barang kering sendiri seperti telur, beras, gula dan sebagainya.
Jimat belanja nak membeli di sini. Untuk dua tiga hari ini anda boleh korbankan selera anda untuk makan yang pelbagai kerana bahan mentah bukan mudah nak diperolehi.
Tips 5 : Rancang perjalanan anda. Saya akan huraikan satu persatu. Pertama bertolak awal pagi dari rumah anda untuk sampai di Cameron Highlands dengan lebih awal. Jangan bergerak lambat untuk sampai ke Cameron Highlands malam atau lewat malam. Tak ada apa yang menarik sangat di waktu malam di Cameron Highlands selain pasar malam dan BBQ sendiri aje. Rugi semalam kos penginapan anda kerana hanya untuk tidur sahaja.
Tips seterusnya esok lusa saya tambah ....
Catatan Tips Bercuti Tahun Baru Cina @ Cameron Highlands yang lain
Catatan Tips Bercuti Tahun Baru Cina @ Cameron Highlands yang lain
Tips Bercuti Tahun Baru Cina @ Cameron Highlands 4
Untuk tahun 2018 ni, saya punya pesanan sediit keras ya... maklumlah .. dok asyik benda sama akita pesan demi kesejahteraan bandar dan penduduk:
Catatan Bercuti di Tahun Baru Cina 2018
Untuk tahun 2018 ni, saya punya pesanan sediit keras ya... maklumlah .. dok asyik benda sama akita pesan demi kesejahteraan bandar dan penduduk:
Catatan Bercuti di Tahun Baru Cina 2018
No comments:
Post a Comment