Tips seterusnya yang ingin saya kongsikan tadi selepas terlintas mengenai mencari penginapan ... jadi 5 tips seterusnya ini saya kongsikan khas mencari penginapan apartment percutian muslim...
Tips 16 : Jika datang berkeluarga besar, carilah apartment percutian yang mempunyai 2 atau 3 bilik seperti apartment dan rumah biasa. Harga sekitar RM 250-350 bergantung kepada kelengkapan dan waktu ketika anda menyewa.
Jika anda memilih hotel, sebilik hotel yang bertaraf 3 bintang keatas sekitar RM 160 ke atas bagi bilik biasa dan bagi bilik hotel bajet sudah kelihatan meningkat harganya iaitu sekitar RM 100 sebilik standard ke atas.
Kalau apartment percutian, anda mendapat 3 buah bilik dengan kemudahan untuk memasak yang minimal dan juga ruang tamu dan makan yang dikongsi dan amat sesuai untuk aktiviti keluarga berbanding bilik hotel yang terhad.
Tips 17: Jika ingin menyewa apartment percutian, pilih mereka yang menyediakan maklumat yang lengkap seperti laman web, facebook serta gambar whassapp.
Juga anda boleh mendapatkan maklumbalas terdahulu dari pelanggan mereka dalam facebook mereka sebagai maklumat tambahan mengenai kemudahan yang ditawarkan.
Pastikan anda melihat dan menyimpan segala gambar yang diberikan kepada anda untuk perbandingan ketika check kerana ada yang indah khabar dari rupa dan ada juga yang ditukar unit apartment yang dijanjikan.
Jadi simpan bukti yang boleh membantu anda mendapat hak yang dijanjikan.
Tips 18 ; Elakan mencari apartment percutian secara 'last minute' kerana harganya akan berbeza dan semakin mahal ketika dekat dengan percutian terutama jika anda memilih waktu percutian di musim puncak.
Fahami asas ekonomi Permintaan melebehi pernawaran akan menyebabkan harganya melambung tinggi.
Tips 19; Jika boleh, dapatkan unit sewaan anda itu dari pemilik atau pengusahanya sendiri tanpa melalui runner. Selalunya runner akan menawarkan anda beberapa unit kediaman jika anda tawar menawar harga kerana mereka lebih mempunyai pilihan unit kediaman.
Ada baik dan ada yang tidak baik berurusan dengan runner apartment kerana ada yang jujur dan ada yang tidak jujur terutamanya jika anda inginkan apartment percutian muslim tetapi mendapat apartment yang tidak khusus kepada muslim.
Ada runner yang mempunyai unit-unit sebegini dari pemilik apartment bukan muslim kerana permintaan apartment di kalangan pelancong tempatan muslim agak tinggi dan buktinya di waktu bulan puasa, semua aktiviti perlancongan agak hambar kerana tiada pelancong muslim datang.
Manakala pelancong bukan muslim memilih untuk menginap di hotel kerana ditawarkan pakej yang sangat murah di luar musim.
Ini hakikat yang perlu diakui baik oleh pengusaha ataupun runner. Bukan berniat menganggu sumber pendapatan mereka tetapi lebih kepada jujur berkata-kata.
Tips 20: Jika anda ingin memasak, dapatkan makluman awal apakah peralatan yang disediakan oleh pemilik apartment tersebut supaya anda boleh memasak dengan lebih baik dan tidak terbantut.
Juga jika anda ingin melakukan BBQ diluar apartment anda, dapatkan maklumat tersebut lebih dahulu supaya anda tidak hampa kelak apabila tiada kemudahan untuk berBBQ.
Semoga membantu ..
No comments:
Post a Comment