Saya rupanya tidak berkongsikan kisah penutupan sementara Mossy Forest dan juga trek pendakian ke Gunung Irau sejak October tahun lepas.
Ingatkan dah kongsikan rupanya tidak.
Sehari dua ini dalam beberapa laman facebook yang popular telah dikongsikan beberapa keping gambar pendakian ke Gunung Irau yang memang begitu menarik.
Rata-rata netizen teruja dan ingin mendaki Gunung Irau ini selepas perkongsian gambar tersebut.
Namun tiada yang menyedari bahawa Mossy Foresst yang juga sebahagian trek pendakian ke Gunung Irau ini ditutup untuk pendakian sehingga dimaklumkan kelak oleh Jabatan Perhutanan untuk kerja selenggaraan yang amat perlu dilakukan demi menjaga warisan alam ini akibat dari kerosakan oleh tangan-tangan pendaki yang tidak bertanggungjawab.
Saya kongsikan petikan berita mengenainya di sini. Klik dan Klik (Sepatutnya merujuk kepada Mossy Forest dan Gunung Irau) .
Jika anda berhajat untuk melanggar peraturan ini jangan marah jika tindakan undang-undang diambil oleh pihak Jabatan Perhutanan...
"bahawa sesiapa yang ditangkap menceroboh hutan simpan boleh didakwa di bawah Seksyen 47 (1) (b) Enakmen (Adoption) Negara Akta Perhutanan 1985.
Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya".
Tapi dah menjadi kebiasan orang kita sejak dua menjak ini , melanggar peraturan adalah keseronokan dan jika ada tindakan undang-undang adalah kejam untuk pencinta alam yang kononnya golongan marhean.
Banyak lagi gunung lain bro yang tidak ditutup. Tunjukan kehebatan anda mendaki ke sana dari menyondol macam BABI bila larangan dilakukan.
Ini untuk kelestarian alam supaya anak anda dapat merasai keindahan alam ini. Kita meminjam khazanah warisan untuk anak cucu kita sahaja bro... kami nak pakai lama.
Degil tu simpan sikit ya...
No comments:
Post a Comment