TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, February 4, 2016

Tips Bercuti @ Cameron Highlands .. 10

# Pucuk pokok jagung di Cameron Highlands

Catatan mengenai Tips Bercuti di Cameron Highlands akan dikemaskinikan dalam sedikit masa lagi. 

Ketika cacatan ini di buat Cameron Highlands sedang dikunjungi ramai pelancong tempatan sempena Cuti Tahun Baru Cina 2016.

Saya kongsikan beberapa tips hasil pertanyaan dan juga pemerhatian saya sejak dua hari lepas.

Tips 46:  Jika anda telah menempah apartment percutian, saya sarankan anda untuk menghubungi pemilik apartment tersebut sebelum datang sebagai pengesahan tempahan. 

Ini berdasarkan salah faham yang berlaku dengan salah seorang penyewa yang mana apartment tersebut telah diberikan kepada penyewa lain kerana tidak memberikan pengesahan pembayaran deposit tempahan. 

Memang beliau telah membuat bank in deposit tempahan tetapi telah melepasi tarikh yang ditetapkan menyebabkan pemilik apartment memberikan kepada penyewa lain. 

Alasan untuk menyatakan duit telah didepositkan tidak boleh membantu kerana telah lewat dua hari dari dijanjikan dan pemilik menganggap tidak berminat untuk meneruskan tempahan. Pemilik mengatakan transaksi duit masuk memang berlaku tetapi tidak dipastikan sumber yang mana berikutan ada beberapa penyewa yang membuat tempahan lain turunt melakukan pembayaran deposit. 

Duit dipulangkan semula dan penyewa tersebut terpaksa mencari apartment lain. 

Kata kunci : Komunikasi

Tips 47: Masih berlaku masalah KOMUNIKASI di mana kes yang saya lihat sendiri adalah seorang penyewa pelancong tempatan dari Jengka yang juga telah dibatalkan tempahan beliau kerana gagal dihubungi oleh pemilik apartment sehingga pukul 8 malam. 

Kes beliau ini memang ditakuti oleh pemilik apartment kerana tempahan diterima tanpa sebarang deposit sewaan. 

Kegagalan penyewa memaklumkan waktu tiba walaupun membuat tempahan 5 hari sebelum dan gagal pula dihubungi oleh pemilik apartment menyebabkan pemilik apartment ragu-ragu kerana tidak dihubungi sehingga pukul 8 malam. 

Akhirnya beliau mencari penyewa lain selepas pukul 8 malam. 

Yang kesian adalah penyewa dengan anak-anak kecil terpaksa mencari apartment lain dan malangnya sehingga lepas Isyak tidak ditemui. 

Cuma nasib beliau baik kerana ada kariah masjid yang berjemaah membantu mengusahakan tempat penginapan kepada mereka sekeluarga. 

Kata kunci: Selalu BERKOMUNIKASI selalu.

TIPS 48 ; Berbudi Bahasalah ya...Ini juga berdasarkan pengalaman lama saya di mana saya pernah melihat sendiri bagaimana si bakal penyewa dari luar cuba mengadakan rundingan harga dengan runner apartment. 

Malangnya urusan rundingan tersebut dilakukan dengan suara dan nada yang agak tidak bersesuaian iaitu si bakal penyewa memperkecilkan atau memperlekehkan unit apartment yang telah dilihat. 

Memburukan keadaan lagi, mereka sekeluarga mengutuk unit tersebut dengan kata-kata yang keterlaluan dan jelas kelihatan mereka tidak melakukan kerja rumah mengenai kemudahan asas yang ditawarkan oleh apartment percutian seperti tiada tuala di sediakan. 

Saya melihat isu ini mudah, si penyewa cuba merundingkan harga sewaan apartment tersebut dengan harga yang lebih murah tetapi cara dan penggunaan kata-kata itu terlalu kasar.

Akhirnya si runner membatalkan urusan penyewaan dan meminta si bakal penyewa mencari unit lain di waktu yang amat pasti sukar dilakukan iaitu sekitar 10 malam. 

Kata kunci .. Berbudi bahasalah bang oiii... ( si adik keluarga tersebut yang kurang ajar bahasanya). Tak guna Pelanggan sentiasa betul kalau pelanggan tersebut kurang ajar seperti budak itu ... 

Saya yang melihatnya tanpa sebarangan kepentingan pun geram jugak masa tu... 

Catatan awal saya mengenainya dikongsikan di sini. 

TIPS 49: Jika anda rasa tertipu dengan gambaran awal yang diberikan kepada anda mengenai unit tempahan apartment percutian anda, saya akui tiada pihak yang boleh membantu anda kerana rata-rata pengusaha apartment percutian adalah pengusaha tanpa lesen atau bernaung dibawah mana-mana persatuan. 

Hanya kategori HOMESTAY di Kampung Taman Sedia yang diusahakan di bawah Program Homestay yang sebenar dan jika berlaku pertikaian anda boleh mengajukan kepada pihak pengusaha Homestay tersebut. 

Saya kurang pasti saluran  dan kaedahnya namun anda masih boleh memanjangkan aduan tersebut jika anda memeriksa plat homestay di hadapan unit mereka. 

Bagi yang tidak berpersatuan, cara terbaik adalah berkongsikan mutu perkhidmatan mereka di laman-laman facebook yang dikongsi ramai. 

Ini bukan unjuran untuk menyekat dan menganggu urusan periuk nasi mereka tetapi lebih kepada memberi hak seperti yang dijanjikan. 

Anda Setuju ?????

TIPS 50: Rajin bertanya tak sesat jalan...  Saya maksudkan anda boleh mengajukan pertanyaan anda yang berkaitan dengan Cameron Highlands di sumber-sumber yang berkaitan. 

Antara yang aktif adalah di facebook CAMERON HIGHLANDS GROUP yang mana pernah saya kongsikan dalam tips sebelum ini. 

Cuma lanjutan dari tips tersebut adalah saya mensyorkan anda bertanya di facebook tersebut dari masa ke semasa seperti keadaan laluan ke sesuatu lokasi dan sebagainya. 

Jangan risau, bukan nak menjadikan anda nampak kepoh tetapi bermanfaat kepada anda dan rakan-rakan pelancong yang lain juga kerana selain penduduk tempatan yang aktif di sana terdapat mereka yang berada di lokasi tersebut untuk berkongsikan jawapan pertanyaan anda itu .. 

Mudah bukan ... 

Ok .. kalau ada tips yang lain akan saya kongsikan lagi dari masa ke semasa... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock